Utusan Borneo (Sarawak)

Juanda: Pesisir Balingian hingga Daro, perlu perhatian istimewa Bajet 2018

Kawasan berkenaan kubu kuat BN sejak merdeka namun kurang diberi perhatian

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

Kerana bantuan berbentuk sara hidup terhadap petani atau nelayan tidak akan selesaikan masalah (kemiskinan luar bandar), perlu lebih kepada teknologi.

MUKAH: Kawasan pesisir terutama sepanjang Balingian higga ke Daro juga sekitarnya perlu bajet istimewa daripada kerajaan pusat kerana masih terlalu mundur ketika ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dalam keluhannya berkata, kawasan terbabit kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak merdeka namun nampaknya kurang diberi perhatian.

“Melalui rekod lepas, kita berada di kawasan pesisir pantai memang tidak pernah mengecewak­an, namun sesuatu perlu dilakukan kerana kurangnya perhatian terutamany­a dalam aspek pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Borneo semalam ketika ditanya mengenai harapan Bajet 2018.

Kata Juanda, terdapat beberapa perkara perlu di- titikberat­kan menyentuh mengenai isu pesisir pantai, antaranya perlu jalan raya berkualiti, ketidakrel­evanan penggunaan feri, kekurangan jeti nelayan dan kemudahan pasaran hasil laut dan sekolah kayu usang berusia setengah abad.

“Sehinggaka­n ada sekolah yang dikatakan lebih tua dan berusia lebih lama daripada mana-mana muzium,” ujarnya.

Di samping itu, tebingan sungai dan laut semakin terhakis perlu diperbaiki selain bantuan pertanian dan nelayan yang lebih intensif.

“Kerana bantuan berbentuk sara hidup terhadap petani atau nelayan tidak akan selesaikan masalah (kemiskinan luar bandar), perlu lebih kepada teknologi,” kata beliau.

Selain itu, penduduk turut memerlukan pusat latihan yang bukan terletak jauh di bandar untuk mengurangk­an kos perjalanan, selain pembinaan balai polis yang baharu dan bersepadu untuk mengatasi masalah sosial kerana jenayah semakin berleluasa.

Sungai dan saliran dalam kampung mudah membawa bencana banjir juga harus diambil perhatian.

Akhir sekali, Juanda menyatakan perlunya mewajibkan peratusan sekitar 70 peratus pekerja tempatan ditempat di ladang kelapa sawit dan sebagainya kerana longgokan pekerja asing pasti akan membawa masalah besar.

Datuk Dr Juanda Jaya ADUN Jemoreng

 ?? — Gambar Bernama ?? AKTIVITI KEGANASAN: Lapan lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan di sekitar Sabah, Selangor dan Perak pada 27 Sept sehingga semalam di Kuala Lumpur.
— Gambar Bernama AKTIVITI KEGANASAN: Lapan lelaki ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan di sekitar Sabah, Selangor dan Perak pada 27 Sept sehingga semalam di Kuala Lumpur.
 ??  ?? JUANDA
JUANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia