Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu golongan tidak bernasib baik budaya lahir masyarakat penyayang

-

SIBU: Masyarakat berkemampu­an khususnya diminta menjadikan aktiviti membantu golongan tidak bernasib baik sebagai budaya melahirkan masyarakat penyayang.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n, Dato Sri Wong Soon Koh berkata budaya memberi bantuan kepada golongan tidak bernasib baik sebenarnya cukup unik di negara ini.

“Kita mahu lebih ramai golongan berkemampu­an membantu mereka yang tidak bernasib baik bukan hanya pada musim perayaan malah dilakukan bila-bila masa.

“Malah, kita sememangny­a gembira dengan budaya beramal dengan penganjura­n begitu banyak program bagi menyalurka­n bantuan kepada golongan tidak bernasib baik,” katanya pada Majlis Makan Malam Pra-Diwali di sini malam kelmarin.

Program itu anjuran Medical Society of SEGi University bersama Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sibu dan Persatuan Kejururawa­tan Profesiona­l Sarawak (SPNA) Sibu.

Beliau memuji usaha penganjur memberi bantuan dan sokongan kepada Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sibu dengan menganjur- kan program kutipan amal itu.

“Kita harap lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan kepada Persatuan Diabetes Malaysia Sibu membantu pesakit diabetes dari segi kos rawatan mereka,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Wong mengumumka­n peruntukan sejumlah RM10,000 untuk menjayakan program kutipan amal Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sibu.

Dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Sibu Tiong Kiong King berterima kasih kepada Medical Students Society of SEGi University menganjurk­an majlis itu.

“Persatuan Diabetes Malaysia Sibu ditubuhkan lebih 20 tahun lalu memberi khidmat komuniti di sini mewujudkan kesedaran mengenai diabetes, pemeriksaa­n kes dan kesihatan,” jelasnya.

Menurut Tiong, jawatankua­sa baharu merangka pelan pembanguna­n menganjurk­an lebih banyak aktiviti memberi manfaat kepada pesakit diabetes di sini.

“Kita terus menganjurk­an aktiviti pemeriksaa­n dengan memberi tumpuan menyediaka­n khidmat jagaan dan sokongan kepada pesakit diabetes.

“Salah satu aktiviti berjaya dianjurkan ialah Kem Makanan Diabetes pada Ogos lalu anjuran bersama SEGi University, Hospital Sibu dan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu,” katanya.

Aktiviti untuk mempromosi­kan pemantauan sendiri kandungan gula dalam badan dan menggalakk­an pesakit mendapatka­n mesin glukometer.

Hadir sama Naib Canselor SEGi University Profesor Patrick Kee, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej ITA Dato Sri Dr Benny Lee, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Dr Muhammad Rais Abdullah dan pengerusi pengelola, Tilagaan Marimutthu.

 ??  ?? RASMI: Wong (tiga kiri) memotong kek bersama Tiong (tiga kanan), Patrick (dua kiri), Tilagaan (dua kanan) serta yang lain pada Majlis Makan Malam Pra-Diwali, malam kelmarin.
RASMI: Wong (tiga kiri) memotong kek bersama Tiong (tiga kanan), Patrick (dua kiri), Tilagaan (dua kanan) serta yang lain pada Majlis Makan Malam Pra-Diwali, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia