Utusan Borneo (Sarawak)

See nasihat pengundi lihat calon bukan parti diwakili

-

KUCHING: Pengundi di Sarawak diingatkan untuk melihat siapakah calon bertanding untuk pilihan raya dan bukannya melihat kepada satu-satu parti.

Naib Pengerusi PKR Negeri See Chee How berkata, pengundi seharusnya melihat siapa yang memperjuan­gkan hak rakyat Sarawak yang sebenar tetapi bukan calon berselindu­ng atas nama parti.

“Selepas beberapa tahun memerintah Barisan Nasional (BN) atau parti tempatan telah dibukti tidak mampu memperjuan­gkan hak atau autonomi kepada negeri ini.

“Hanya selepas bekas ketua menteri Allahyarha­m (Pehin Sri Adenan Satem) yang memulakan usaha pada tahun 2014 untuk autonomi kepada Sarawak.

“Namun selepas beliau tiada dan kini tiada apa berlaku yang saya percaya pada ketika itu semuanya adalah berselindu­ng di sebalik kekuatan Pasukan Adenan,” katanya semasa menyampaik­an Forum Tawaran Baru, Harapan Baru anjuran PH Sarawak di sini, semalam.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata sebaliknya bagi PH mereka sentiasa menyuaraka­n hak rakyat Sarawak setiap hari, setiap bulan malahan di persidanga­n DUN serta persidanga­n Parlimen.

“Maka itu saya menyaranka­n pengundi khasnya rakyat Sarawak melihat siapa calon bertanding dan bukan melihat sama ada parti tempatan atau sebaliknya,” kata beliau.

Sementara itu seorang lagi speaker forum iaitu Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, Sarawak memainkan peranan penting pada PRU14 bagi memastikan pentadbira­n negara berubah.

Katanya jika Sarawak mahu melihat negara ini diubah, rakyatnya harus menyertai pakatan untuk mewu- judkan ‘Tsunami PRU’ pada kali ini.

“Kita (PH) boleh menang jika Sarawak bersama menyumbang dengan lebih besar melalui Tawaran Baru dan Harapan Baru untuk mewujudkan tsunami di Semenanjun­g Malaysia.

“Hanya menyertai PH, rakyat negeri ini boleh menyaksika­n perubahan di peringkat nasional untuk kita mencapai keputusan pilihan raya yang luar biasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia