Utusan Borneo (Sarawak)

Chong: Beberapa faktor mampu alih sokongan rakyat kepada PH

-

KUCHING: Beberapa faktor yang memadai pada ketika ini diramalkan mampu meningkatk­an undi Dayak dan Melayu di Sarawak kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) Ke-14.

Pengerusi PH Sarawak Chong Chieng Jen berkata, untuk mewujudkan ‘tsunami Dayak’ dan ‘tsunami Melayu’ pada pilihan raya bukan satu perkara senang dan ia sukar diramal.

Namun beliau percaya dengan keadaan ekonomi tidak menentu yang ditadbir kerajaan sedia ada selain faktor kepimpinan Tun Mahathir dalam PH dijangka menyumbang undi kepada pembangkan­g.

“Kami telah mendengar rintihan rakyat ada di kalangan mereka terutama ahli perniagaan berasa tidak puas hati disebab keadaan ekonomi tidak menentu sehingga mengundang perniagaan tidak baik kepada mereka.

“Begitu juga rakan kita kaum Dayak menyuaraka­n masalah disebabkan ekonomi terpaksa membeli barangan mahal setiap hari (kos hidup tinggi),” katanya semasa sesi soal jawab selepas Forum Tawaran Baru, Harapan Baru anjuran PH Sarawak di sini, semalam.

Chong juga Pengerusi DAP Negeri berkata, penggunaan media sosial dengan menyuaraka­n masalah yang dihadapi pentadbira­n kerajaan sedia ada juga, menjadi faktor untuk menarik undi kepada PH.

“Saya percaya ramai dalam kalangan Dayak berpendidi­kan dan Melayu berpendidi­kan mempunyai akaun Facebook dan mengetahui apa kami perjuangka­n dan kami mengalu-alukan mereka untuk mendukung perjuangan itu,” tegasnya.

Sementara itu dalam penyampaia­n semasa forum, Chong berkata, rakyat harus percaya bahawa PH mampu mengubah negara sekiranya diberi mandat menjadi pemerintah selepas PRU14.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu, PH akan mengemukak­an tiga falsafah utama di bawah manifesto pilihan raya yang dilancarka­n sebelum ini.

Antaranya kata beliau adalah desentrali­sasi autonomi (pengagihan kuasa pusat), pentadbira­n yang lebih baik dan kesaksamaa­n dalam semua peluang.

“Dalam tiga perkara itu desentrali­sasi misalnya ia perlu merangkumi autonomi fiskal (kewangan), kerana kita tidak mahu kewangan hanya berpusat di persekutua­n sahaja. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia