Utusan Borneo (Sarawak)

Ibraco komited bantu golongan kurang mampu

Sedia premis pejabat percuma kepada Hope Place di lokasi strategik untuk penderma menyumbang

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Ibraco komited meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an dengan menyediaka­n premis atau ruang pejabat percuma kepada Persatuan Kebajikan Harapan Kuching atau lebih dikenali Hope Place, semalam.

Premis bertempat di pusat komersial TT3 di Tabuan Tranqualit­y itu juga lokasi strategik bagi memudahkan penderma tampil menyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan ( NGO) itu.

Sumbangan penyediaan ruang premis berkenaan merupakan salah satu daripada projek tanggungja­wab sosial korporat (CSR) Ibraco.

Pengarah Urusan Ibraco Datuk Chew Chiaw Han berkata, Ibraco bukan sahaja menyediaka­n ruang bangunan tiga tingkat secara percuma kepada Hope Place, malah menjanjika­n penajaan tunai bulanan.

“Ibraco amat tertarik dengan usaha Hope Place selama ini membantu golongan memerlukan dengan mengagihka­n bantuan keperluan asas harian.

“Malahan, mereka tidak hanya membantu golongan sasaran di kawasan di sini

Malahan, mereka tidak hanya membantu golongan sasaran di kawasan di sini sahaja, malah ke kawasan pedalaman di seluruh negeri dan kami berasa bangga menjadi rakan mereka dalam membantu golongan kurang berkemampu­an. Datuk Chew Chiaw Han Pengarah Urusan Ibraco

sahaja, malah ke kawasan pedalaman di seluruh negeri dan kami berasa bangga menjadi rakan mereka dalam membantu golongan kurang berkemampu­an,” katan- ya pada Majlis Penyerahan Premis Pejabat Hope Place yang dihadiri Pengasas Hope Place Kelvin Wan dan Presidenny­a Chong Hai Eng.

Sementara itu, Chong dalam ucapannya berkata, kehadiran Ibraco dalam kerjasama itu mengukuhka­n lagi usaha mereka dalam membantu golongan memerlukan.

“Premis yang disumbangk­an ini amat bermakna kepada kami kerana ia berada di lokasi utama dan strategik bagi membolehka­n ramai yang tampil menyumbang kepada Hope Place,” tegasnya.

Chong pada masa yang sama memberitah­u, sejak ditubuhkan lebih empat tahun lalu, Hope Place menerima banyak sumbangan kepada golongan sasaran dan ia adalah hasil daripada hebahan serta laporan media.

“Kita berterima kasih kepada media juga yang memain peranan dengan melaporkan apa yang berlaku terutama mereka yang memerlukan.

“Saya melihat hebahan berkenaan mengubah masyarakat untuk tampil membantu,” kata Chong.

Pada majlis itu, Chew turut menyampaik­an sumbangan daripada Ibraco Berhad berbentuk alat tulis kepada kanak-kanak serta beras 5kg serta makanan lain daripada Lian Hua Seng Sdn Bhd kepada keluarga yang memerlukan daripada Hope Place.

Setakat ini, sebanyak 188 keluarga menerima sumbangan daripada NGO, dan Hope Place memerlukan sekurangku­rangnya RM23,000 untuk keperluan makanan se- tiap bulan kepada keluarga berkaitan.

Kini penyumbang atau orang awam yang mahu menderma boleh melawati pejabat baharu mereka itu di Sublot 25, pusat komersial TT3 atau hubungi talian 082-505987 atau 013-5672775 atau layari media sosial Facebook (Hope Place).

Waktu operasi mereka Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang sementara Sabtu dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

 ??  ?? RASMI: Teo (tiga kiri) bersama Helen (dua kiri), Fred (lima kanan) sambil disaksi guru kanan dan tetamu lainnya memotong kek ulang tahun ke-20 SK Kidurong 2 sebagai simbolik perasmian Hari Terbuka sekolah terbabit semalam.
RASMI: Teo (tiga kiri) bersama Helen (dua kiri), Fred (lima kanan) sambil disaksi guru kanan dan tetamu lainnya memotong kek ulang tahun ke-20 SK Kidurong 2 sebagai simbolik perasmian Hari Terbuka sekolah terbabit semalam.
 ??  ?? BANTUAN: Chew (belakang tengah) bersama Kelvin serta yang lain merakam kenangan bersama keluarga penerima bantuan bersama anak-anak yang berupa alat tulis serta beras.
BANTUAN: Chew (belakang tengah) bersama Kelvin serta yang lain merakam kenangan bersama keluarga penerima bantuan bersama anak-anak yang berupa alat tulis serta beras.
 ??  ?? SIMBOLIK: Chew (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Kelvin sebagai simbolik penyerahan premis pejabat Hope Place bertempat di pusat komersial TT3 di Tabuan Tranqualit­y daripada Ibraco sambil disaksikan Chong (kiri), semalam.
SIMBOLIK: Chew (kanan) menyerahka­n replika kunci kepada Kelvin sebagai simbolik penyerahan premis pejabat Hope Place bertempat di pusat komersial TT3 di Tabuan Tranqualit­y daripada Ibraco sambil disaksikan Chong (kiri), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia