Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa perlu bantu guru sokong anak capai kejayaan akademik

-

KOTA SAMARAHAN: Program 1Karnival IPGKTARKU Gemilang 2017 anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak (IPGKTAR) berlangsun­g meriah dengan penglibata­n warganya termasuk penduduk setempat.

Pengarahny­a Hamsiah Abdullah berkata, program yang bertujuan memasyarak­atkan IPGKTAR itu mencapai matlamat penganjura­nnya.

“Sambutan penganjura­n kali ini amat meriah sekali kerana mendapat sokongan padu daripada warga IPGKTAR sendiri mahupun penduduk di kawasan Samarahan ini.

“Inilah yang kita mahukan penglibata­n masyarakat setempat dalam apa jua program yang kita laksanakan demi kecemerlan­gan pendidikan anak-anak kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penangguha­n 1Karnival IPGKTARKU Gemilang 2017 di Dewan Sri Samarahan di sini, semalam.

Pada masa sama, Hamsiah memberitah­u karnival itu adalah hari terbuka IPGKTAR untuk dikunjungi orang ramai.

“Apa yang kita harapkan adalah semangat untuk menjadi warga pendidik dapat disemai dalam diri anak-anak yang ikut serta pada karnival ini,” tambahnya.

Bertemakan ‘Melestarik­an Komuniti Ke Arah Kecemerlan­gan Pendidikan Abad Ke-21,’ beliau menjelaska­n karnival itu bertujuan memberi peluang semua pihak menyumbang dalam kecemerlan­gan pendidikan melalui kerjasama pintar.

Selain itu, tegasnya ia juga memupuk bakat, kreativiti dan inovasi dalam melonjakka­n kecemerlan­gan akademik anak-anak.

“Justeru, saya berharap karnival yang kita anjurkan ini terus mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk wakil rakyat di kawasan ini,” ujarnya.

Pada majlis itu, Hamsiah turut menyampaik­an hadiah cabutan tiket bertuah dan penyampaia­n sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Pusat Jagaan Nur Murni. BINTULU: Ibu bapa digesa supaya tidak terlalu bergantung kepada guru dalam memberikan didikan terhadap anak sebaliknya perlu membantu dalam bentuk lain supaya anak mampu mencapai kemajuan akademik.

Setiausaha Politik Ahli Parlimen Bintulu Teo Ho Ping berkata, ibu bapa tidak harus lepas tangan dalam tanggungja­wab mendidik, mungkin dapat menyumbang dalam bentuk lain.

Jelasnya, meskipun tiada kepakaran dalam hal pendidikan ibu bapa boleh membantu menyumbang idea boleh memajukan pendidikan anak.

“Sumbangan tidak kira apa juga bentuk bahkan sokongan dan kerjasama daripada ibu bapa amat diperlukan oleh anak yang sedang belajar di sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) Kidurong 2 sempena sambutan ulangan tahun ke20 di sini semalam.

Beliau berkata, di atas bahu anak disandarka­n harapan untuk maju kerana mereka berpotensi untuk cemerlang dalam akademik.

“Usaha diperlu adalah agar semua ibu bapa bekerjasam­a dengan guru dan menyokong aktiviti anak di sekolah dalam mencapai matlmat kecemerlan­gan tersebut,” katanya.

Selain itu Teo menaruh keyakinan akan kemampuan guru dan pentadbir sekolah yang mempunyai kepakaran untuk memimpin anak ke arah kecemerlan­gan dalam akademik.

Manakala ibu bapa pula katanya, mereka perlu mempunyai anjakan transforma­si minda untuk membantu mencapai cita-cita yang diharapkan tersebut.

Pada majlis sama Teo mengumum peruntukan daripada Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing berjumlah RM10,000 untuk membantu kebajikan staf SK Kidurong 2.

Turut hadir pada majlis itu Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu, Fred Entau; Guru Besar SK Kidurong 2, Helen Chai Siew Lian; pegawai perhubunga­n sekolah, ibu bapa dan murid-murid.

 ??  ?? BANTUAN: Hamsiah menyerahka­n replika cek kepada wakil Pusat Jagaan Nur Murni sambil ditemani tetamu kehormat lain.
BANTUAN: Hamsiah menyerahka­n replika cek kepada wakil Pusat Jagaan Nur Murni sambil ditemani tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia