Utusan Borneo (Sarawak)

Pupuk kesedaran jaga alam sekitar dari peringkat awal, kata Wong

-

SARIKEI: Usaha memupuk kesedaran kepentinga­n menjaga dan memulihara alam sekitar perlu dipupuk dari peringkat awal.

Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Wong Zee Yeng berkata, kerajaan melaksana pelbagai inisiatif alam sekitar dalam masyarakat, khasnya generasi muda.

“Salah satu inisiatif paling giat dijalankan sejak dahulu ialah melaksanak­an program kitar semula atau ‘InnoWaste’ menerusi kempen dan karnival.

“Program-program tersebut bertujuan memupuk kesedaran kepentinga­n amalan hidup hi- jau dan aplikasi teknologi hijau dalam kehidupan seharian.

“Kita mahu setiap lapisan masyarakat sedar bahawa tanggungja­wab terhadap alam sekitar adalah amanah bersama dengan mengurangk­an kesan negatif dan memberikan kesan positif kepada alam sekitar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada program Bengkel InnoWaste anjuran Majlis Daerah Sarikei (MDS) dengan kerjasama Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak di Dewan Sentral Sarikei, semalam.

Program dihadiri lebih 150 peserta terdiri daripada para pelajar sekolah dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurut Wong, program ini dianjur untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memulihara alam sekitar serta menanam semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Pada masa sama, katanya, program ini diharap dapat mengeratka­n hubungan antara sektor awam, swasta dan masyarakat setempat.

“Ia juga berperanan memupuk kesedaran masyarakat untuk menghasilk­an produk daripada barangan terpakai melalui konsep 3R iaitu ‘Reduce, Reuse, Recycle.’

“Umum sedia maklum pihak berkuasa tempatan dipertangg­ungjawab untuk menguruska­n sisa pepejal.

“Namun, sejak kebelakang­an ini volum sampah kian meningkat disebabkan pertambaha­n penduduk. Jika masalah ini tidak diurus dengan baik ia akan menyebabka­n pencemaran,” ujarnya.

Justeru, katanya, program kesedaran sedemikian wajar diteruskan dari semasa dan ke semasa.

Turut hadir Timbalan Pengerusi MDS Kaunselor Awangku Ibrahim dan Setiausaha MDS Henry Jalin Watt.

 ??  ?? BERI TUMPUAN: Para peserta Bengkel Inno Waste memberikan tumpuan terhadap program yang sedang berlangsun­g.
BERI TUMPUAN: Para peserta Bengkel Inno Waste memberikan tumpuan terhadap program yang sedang berlangsun­g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia