Utusan Borneo (Sarawak)

Pelakon Boy Iman direman semula tiga hari

Bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah melibatkan nilai RM6.2 juta

-

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini mengeluark­an perintah reman tiga hari ke atas Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Noruliman A. Rahman bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitka­n nilai RM6.2 juta.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Majistret, Nurhidayah Abd Mutalib mengeluark­an perintah reman itu di Kompleks Mahkamah Shah Alam di sini.

Perintah reman dua hari turut dikeluarka­n terhadap tiga lagi individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun yang mana ketiga-tiga mereka merupakan pengarah syarikat Juta Kelulut Global Resources (SJKGR).

Kesemua mereka direman di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi membantu kes berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Noruliman, 37, yang juga pelakon dikenali sebagai Boy Iman, sebelum ini direman di Ampang selama dua hari bermula 3 Okt lalu, sebelum direman semula dua hari di Mahkamah Majistret Muar, Johor Bahru bermula Khamis lepas.

Kesemua suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga dengan tangan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira- kira jam 10.16 pagi diiringi anggota polis.

Rabu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata jumlah laporan berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources itu bertambah daripada 188 kepada 201 kes.

Katanya pihak polis akan akan memanggil beberapa lagi individu untuk membantu siasatan kes berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERBAKAR: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan sebuah lori yang musnah terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 302.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi semalam.
— Gambar Bernama TERBAKAR: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat memeriksa keadaan sebuah lori yang musnah terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 302.7 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, awal pagi semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? TAHANAN REMAN: Seorang pengarah urusan serta dua pengarah syarikat direman tiga hari bermula semalam di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah kos rendah melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta.
— Gambar Bernama TAHANAN REMAN: Seorang pengarah urusan serta dua pengarah syarikat direman tiga hari bermula semalam di Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membantu siasatan kes penipuan jualan rumah kos rendah melibatkan jumlah kerugian RM6.2 juta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia