Utusan Borneo (Sarawak)

Reman tiga anggota TLDM disyaki bunuh dua anggota sepasukan dilanjutka­n

-

LUMUT: Tempoh reman tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ditahan sejak 1 Okt lalu bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota pasukan itu minggu lepas, dilanjutka­n tujuh hari lagi bermula hari ini.

Majistret Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid mengeluark­an perintah itu ke atas ketiga-tiga suspek berusia 29, 37 dan 44 tahun di Mahkamah Majistret Seri Manjung di sini semalam mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketiga-tiga mereka yang bertugas di bilik tahanan di Unit Komunikasi TLDM Sungai Wangi, Sitiawan ketika kejadian, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.50 pagi semalam sebelum dibawa keluar semula satu jam kemudian.

Pada 1 Okt lepas, LK 1 Muhammad Baihaqy Nik Mat, 28, dan LK 1 TLS Muhammad Lailatulim­an Mohd Sukri, 26, meninggal dunia di bilik tahanan berkenaan dipercayai didera berdasarka­n laporan bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Bedah siasat yang dilaku- kan ke atas Nik Muhammad Baihaqy mendapati kematianny­a disebabkan pendarahan paru- paru akibat trauma tumpul manakala Muhammad Lailatulim­an meninggal dunia akibat pendarahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Kelmarin, mahkamah sama melanjutka­n tempoh reman selama empat hari ke atas dua lagi anggota TLDM berumur 29 dan 37 tahun untuk mem- bantu siasatan kes dua anggota pasukan itu yang mendakwa mereka dicederaka­n di pusat tahanan sama.

Kedua-dua anggota itu yang berusia 30 tahun membuat laporan polis pada 2 Okt lepas dan mereka kini dirawat di Hospital Angkatan Tentera di sini. Kes itu disiasat di bawah Seksyen 325/506 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah dan melakukan ugutan jenayah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dilaporkan berkata sehingga kini polis menahan tujuh orang yang kesemuanya bertugas sebagai pengawal bilik tahanan, dengan lima suspek yang berusia 29 hingga 37 tahun disiasat mengikut Seksyen 302.

Dua daripada mereka turut disiasat mengikut Seksyen 325/506 kanun itu bersamasam­a dua lagi suspek yang lain. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU SIASATAN: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dekat Manjung semalam bagi mendapatka­n perintah sambungan tempoh reman bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota pasukan itu minggu lepas.
— Gambar Bernama BANTU SIASATAN: Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung dekat Manjung semalam bagi mendapatka­n perintah sambungan tempoh reman bagi membantu siasatan kes kematian dua anggota pasukan itu minggu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia