Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja geng pecah rumah ditahan

-

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai anggota geng pecah rumah dan samun berjaya ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Changkat Damai, Taman Permata di sini tengah malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata bertindak hasil maklumat dan risikan, polis berjaya menahan remaja yang sudah tidak bersekolah itu dalam serbuan jam 12.30 tengah malam kelmarin.

“Berdasarka­n siasatan awal, remaja itu mengaku terlibat dalam kegiatan pecah rumah dan samun bersama seorang lagi rakannya sejak beberapa bulan lepas di sekitar daerah SPT dan daerah Seberang Perai Selatan,” katanya.

Katanya suspek mendakwa semua barangan hasil pecah rumah serta samun ada bersama rakannya yang juga remaja lelaki berusia 19 tahun dan usaha mengesanny­a giat dijalankan.

Beliau berkata rakan remaja itu dipercayai tinggal di Bukit Mertajam bagaimanap­un dipercayai telah melarikan diri sebaik mengetahui suspek ditahan polis.

“Remaja itu kini direman bagi membantu siasatan dan kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan ketika suspek cuba meloloskan diri dengan sebuah pikap yang baru dicurinya di Jalan Sungai Lokan, dekat sini Khamis lalu.

Katanya dalam kejadian jam 1 petang itu, lelaki berusia 42 tahun berkenaan bertindak memecut laju pikap yang dipandunya selepas menyedari dia diekori polis dan berdasarka­n pemeriksaa­n, kenderaan tersebut dicuri dari sebuah bengkel kenderaan di Jalan Baru, di sini. — Bernama KUALA LUMPUR: Sebanyak 115 premis judi dalam talian digeledah di sekitar Kuala Lumpur dalam Ops Waran Geledah, di sini, awal pagi semalam.

Operasi yang bermula pada jam 8 malam sehingga 2 pagi semalam melibatkan 35 pegawai dan 175 anggota dari lima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) melibatkan kontinjen Dang Wangi, Cheras, Brickfield­s, Wangsa Maju dan Sentul.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Kuala Lumpur ACP Alzafny Ahmad berkata daripada jumlah itu, hanya dua premis di daerah Dang Wangi iaitu di Jalan Ampang dan Chow Kit masih menyimpan mesin simulator dan komputer yang digunakan untuk judi dalam talian.

Beliau berkata dalam opera- si berkenaan, polis merampas 55 papan kekunci komputer, lapan mesin simulator, tujuh unit CPU dan empat monitor di kedua-dua premis itu.

“Berdasarka­n maklumat orang awam dan risikan yang dijalankan, kami mendapati 115 premis ini dipercayai aktif menjalanka­n operasi walaupun serbuan sering dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di IPD Dang Wangi di sini.

Pada 27 Sept lepas, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim telah mewujudkan satu jawatankua­sa khas bagi membantera­s kegiatan judi.

Jawatankua­sa khas itu, diketuai Noor Rashid dengan tiga fokus utama iaitu mengambil tindakan tegas terhadap pusat judi haram, sindiket dan mereka yang membantu kegiatan judi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia