Utusan Borneo (Sarawak)

Balik lewat punca kena rantai pada tong gas

-

KUANTAN: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dirantai pada tong gas Khamis lalu mengakui kesilapann­ya kerana balik lewat malam dan menjadi punca bapanya tirinya hilang sabar dan bertindak sedemikian terhadapny­a.

Perkara ini dinyatakan kanak- kanak itu kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin yang menziarahi­nya di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam.

Kanak- kanak itu turut memaklumka­n perasaan kesal dengan perbuatann­ya dan itu kali pertama dia diperlakuk­an sebegitu oleh bapa tirinya.

“Perkara ini diceritaka­n sendiri oleh mangsa ketika dilawat tadi dan berdasarka­n pemerhatia­n, dia dapat berbual dengan baik, malah turut menyatakan hasratnya ingin berjumpa dengan ayah kandungnya di Melaka yang kali terakhir ditemuinya tahun lepas.

“Saya juga berpuas hati setelah mendapat taklimat daripada doktor yang merawatnya yang menyatakan mangsa kini sihat dan tiada tanda- tanda trauma atau kesan kecederaan fizikal kelihatan badan mangsa,” kata Shahaniza kepada pem- berita.

Namun katanya laporan lanjut berhubung dengan kejadian itu akan ditentukan menerusi siasatan pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) bagi mengetahui situasi sebenar.

Buat sementara waktu kata Shahaniza, mangsa akan berehat di hospital di bawah pengawasan JKM dan akan diberi kaunseling dari semasa ke semasa.

Kanak-kanak itu diselamatk­an sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan setelah memecah masuk bahagian belakang rumahnya yang terletak di Indera Mahkota 1 di sini.

Semasa ditemui mangsa hanya memakai seluar dengan lehernya diikat pada tong gas menggunaka­n rantai besi serta kunci mangga dan dia dipercayai telah berada dalam keadaan itu selama dua jam sebelum ditemui.

Berikutan itu seorang anggota tentera yang berusia 32 dan isterinya yang berusia 37 tahun, yang merupakan ibu kepada mangsa ditahan reman selama enam hari bermula kelmarin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak (Pindaan) 2016 iaitu mendera, mengabai dan menganiaya kanak-kanak yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu Shahaniza turut melawat warga emas berumur 80 tahun yang diselamatk­an pasukan polis Rabu lalu yang dikurung oleh anaknya sejak Isnin di sebuah rumah di Taman Inderapura di sini.

Mangsa yang lumpuh separuh badan dijangka akan ditempatka­n di bawah seliaan JKM sekiranya mendapat persetujua­n anakanakny­a. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia