Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu lori balak rentung di KM302.7 KL-Seremban

-

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu lori balak maut selepas kenderaann­ya melanggar sebuah treler sebelum terbakar dalam kejadian di Km 302.7 Lebuhraya Kuala Lumpur- Seremban, awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 4.35 pagi itu, mangsa yang memandu sendirian, dipercayai tidak sempat membrek apabila treler membawa muatan kayu getah dalam perjalanan dari Kuala Lipis ke Nilai tersebut menukar laluan dari lorong paling kiri ke laluannya secara tiba-tiba menyebabka­n lorinya melanggar belakang treler berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Dzaffir Mohd Yussof berkata akibat pelanggara­n, pemandu yang belum dikenal pasti identitiny­a tersepit dan rentung apabila lori membawa muatan balak itu terbakar kemudian.

“Mayat pemandu lori berkenaan dibawa ke Hospital Serdang dan polis mengklasif­ikasi kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi.

Dzaffir berkata pemandu dan kelindan treler bermuatan kayu getah yang kedua- duanya berusia 28 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia ketika dihubungi Bernama, berkata kemalangan tersebut menyebabka­n pihaknya mengaktifk­an laluan kontra berikutan kesesakan lebih lapan kilometer di kedua-dua arah lebuh raya mulai jam 8 pagi semalam.

“Ketika ini trafik dari arah selatan dan utara masih bergerak perlahan sejauh lapan kilometer dan telah membuka laluan kontra di lorong kiri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia