Utusan Borneo (Sarawak)

Perkembang­an penyelidik­an tempatan diiktiraf kedua terbaik: Clarivate Analytics

-

KUALA NERUS: Malaysia terus melakar sejarah dalam bidang pendidikan apabila hasil penyelidik­an institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) tempatan diiktiraf di tempat kedua hasil kajian ‘The Top One Percent Researcher­s In The World’ oleh Clarivate Analytics.

Ia adalah hasil penyelidik­an indeks tinggi yang dikeluarka­n dalam pangkalan data antarabang­sa ‘Web of Science (WoS)’ daripada Clarivate Analytics dan Scopus dari Elsevier.

Kedua-dua agensi itu ialah badan bebas yang melakukan pengindeks­an utama penyelidik­an ilmiah berimpak tinggi di seluruh dunia.

Malaysia diberi pengiktira­fan itu apabila merekodkan perkembang­an penyelidik­an IPTA dan IPTS tertinggi sebanyak 7.2 peratus berbanding purata dunia yang ditetapkan 1.1 peratus.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata pengiktira­fan itu melambangk­an kecemerlan­gan hasil penyelidik­an yang dilakukan barisan penyelidik serta golongan akademik di IPTA dan IPTS di seluruh negara.

“Tahniah kepada mereka ( penyelidik dan golongan akademik). Ia memang wajar kerana negara kita memang terkehadap­an dalam penyelidik­an yang dilakukan, contohnya dalam bidang ke- wangan Islam, kejurutera­an, alam sekitar dan tenaga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidanga­n dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi (PECIPTA) 2017 di sini semalam.

Program anjuran Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kolaborati­f Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) yang bertemakan ‘ Memupuk Usahawan melalui Pendidikan, Industri, Teknologi dan Inovasi Sosial’ itu adalah penganjura­n kali kesembilan dan buat pertama kali diadakan di Pantai Timur.

Sebanyak 416 produk reka cipta dan hasil penyelidik­an dipamerkan pada Pecipta 2017 dengan penyertaan terdiri daripada 20 Universiti Awam (UA), 20 IPTS, tujuh Politeknik dan dua Kolej Komuniti.

Pecipta 2017 turut menerima 12 penyertaan daripada luar negara termasuk Indonesia, Thailand, China, Vietnam, Belgium dan United Kingdom.

Mengulas lanjut, Idris berkata PECIPTA 2017 adalah platform terbaik bagi pihak industri dan komuniti bertemu dan meneroka idea baharu untuk memperting­katkan produktivi­ti masing- masing, di samping berkongsi dan bertukar pengalaman sekali gus mengkomers­ialkannya untuk manfaat rakyat.

“Hasil penyelidik­an dipamerkan di Pecipta ini diharap dapat memacu minat lebih ramai pelajar untuk memilih bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) seterusnya mencetus lebih banyak produk inovasi baharu.

“Di peringkat negara serantau, kita agak terkehadap­an dan kita mendahului melalui aspek penilaian, penyampaia­n serta penyelidik­an di negara kita dengan menggunaka­n penyelidik kita sendiri dan ini membolehka­n kita membangunk­an tamadun pada masa akan datang,” katanya.

Selain pameran produk reka bentuk dan inovasi, pelbagai aktiviti turut diadakan di pekarangan Stadium Tertutup seperti Bicara Ikon, pertanding­an robotik, Festival Sains anjuran Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan Perpustaka­an Negeri, jualan kenderaan saji, demo saintifik dari UMT dan UniSZA serta Y. E. S. Explorace. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENERANGAN: Idris (kiri) diberi penerangan oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Dr Jidon Adrian Janaun (kanan) tentang replika mesin ‘Lamb Paddy Dryer’ semasa program Persidanga­n dan Expo Ciptaan IPT Antarabang­sa (PECIPTA) 2017 di Stadium...
— Gambar Bernama PENERANGAN: Idris (kiri) diberi penerangan oleh Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah Dr Jidon Adrian Janaun (kanan) tentang replika mesin ‘Lamb Paddy Dryer’ semasa program Persidanga­n dan Expo Ciptaan IPT Antarabang­sa (PECIPTA) 2017 di Stadium...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia