Utusan Borneo (Sarawak)

Anak tidak dapat imunisasi dikhuatiri punca kejadian beguk di Putrajaya

-

PUTRAJAYA: Kegagalan segelintir ibu bapa menghantar anak mereka untuk mendapatka­n imunisasi vaksin lima serangkai bagi melindungi daripada ancaman penyakit dikhuatiri menjadi punca adanya murid sekolah di Putrajaya yang menghidapi penyakit beguk, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramania­m semalam.

Beliau berkata walaupun jumlah kes bagi penyakit beguk telah berkuranga­n, namun dari masa ke masa masih berlaku sehingga menyebabka­n ada satu atau dua kes di negara ini.

“Pada tahun lalu, ada suatu masa, kita dapati kes beguk lebih banyak di sesuatu tempat.

Ini mungkin disebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai antibodi yang kuat.

Pada masa yang sama, Kementeria­n Kesihatan akan mengkaji semula untuk memastikan sama ada muridmurid berkenaan telah mendapatka­n imunisasi vaksin itu atau tidak. “Ini adalah kerana ada kumpulan antivaksin yang menolak pemberian vaksin.

Kalau mereka termasuk dalam kumpulan itu, maka risiko untuk mendapat penyakit beguk adalah tinggi tetapi, pada kebiasaan beguk dikawal dan dirawati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an perutusan Deepavali di kediamanny­a di sini semalam.

Dr Subramania­m berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita yang mengatakan 17 kanak-kanak dari dua sekolah di Putrajaya yang dijangkiti beguk.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya Dr Zainudin Abdul Wahab dilaporkan berkata siasatan mengenai kejadian beguk itu mendapati jangkitan itu tiada katian dengan jemaah haji yang baharu kembali dari menunaikan haji dan kesemua pesakit adalah stabil dan mendapatka­n rawatan pesakit luar.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m berkata pihaknya tidak akan berputus asas dan terus mendidik, memberi maklumat dan penerangan betul mengenai vaksin dan imunisasi yang perlu diambil oleh bayi dan kanak-kanak.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Kementeria­n Kesihatan sedang membangunk­an satu sistem yang akan memuatkan nama-nama orang yang telah bersetuju untuk menderma organ mereka, dan apabila orang itu meninggal dunia, pihaknya akan memaklumka­n kepada keluarga bahawa mereka telah bersetuju secara rela hati untuk menjadi penderma organ untuk mendapat persetujua­n.

“Kebanyakan masa kita tidak menghadapi masalah dalam isu menderma organ kerana keluarga menganggap ini adalah satu penghormat­an.

Tetapi ada situasi yang mana ahli-ahli keluarga tidak mengetahui bahawa ibu bapa mereka telah berikrar untuk menderma organ selepas meninggal dunia.

Prosedur mengambil organ penderma kematian otak memerlukan kebenaran ahli keluarga. Tanpa persetujua­n ahli keluarga, pihak hospital tidak boleh bertindak sembaranga­n walaupun orang tersebut merupakan penderma organ,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia