Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n menakjubka­n Johor hasil hubungan baik dengan pusat

Kadar pertumbuha­n malah nadi pertumbuha­n negara dari Johor: Najib

-

Ini satu pengiktira­fan jelas iaitu kadar pertumbuha­n malah nadi pertumbuha­n negara berpusat dan dari Johor.

ISKANDAR PUTERI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menyifatka­n hubungan baik kerajaan pusat dan kerajaan negeri antara penyumbang kepada pembanguna­n menakjubka­n yang dialami Johor.

“Sebenarnya tidak payah beritahu sebab saya dah tahu pasal kemajuan yang begitu memberangs­angkan yang dicapai Johor, malah saya pernah mengungkap­kan ayat yang saya anggap ‘Johor a new economic powerhouse’ (Johor satu kuasa ekonomi baharu) untuk negara Malaysia.

“Ini satu pengiktira­fan jelas iaitu kadar pertumbuha­n malah nadi pertumbuha­n negara berpusat dan dari Johor,” katanya ketika berucap merasmikan Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Najib berkata ekspo itu diadakan tepat pada waktunya kerana dapat memberikan maklumat lebih jelas dan terperinci ketika ada pihak tertentu cuba mengeliruk­an

Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

rakyat.

“Atau seperti Menteri Besar (Johor) (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) cakap (mereka mendakwa) kita cuba jual kebatilan, harapan dan janji.

“Sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan dan janji sebab kita sudah laksana- kan. We are not promising but we are actually delivering (Kami bukan berjanji tetapi kami sebenarnya sedang menunaikan,” kata Najib.

Perdana Menteri turut melancarka­n kemudahan pengangkut­an awam Bas Rapid Transit, Pelan Induk Kemahiran Johor, Program Perumahan Rakyat dan Dasar Kelestaria­n Negara pada majlis itu yang dihadiri sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein serta Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Majlis turut dihadiri Mohamed Khaled dan barisan Exco kerajaan negeri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RUANG PAMERAN: Najib (tiga kanan) mendengar penerangan daripada Abdul Mutalib (dua kanan) ketika melawat ruang pameran PR1MA sempena perasmian Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, semalam.
— Gambar Bernama RUANG PAMERAN: Najib (tiga kanan) mendengar penerangan daripada Abdul Mutalib (dua kanan) ketika melawat ruang pameran PR1MA sempena perasmian Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 di Dataran Mahkota, Kota Iskandar, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERAMAH MESRA: Ismail Sabri (kanan) beramah mesra dengan pesara selepas merasmikan Program Jelajah Pesara Negeri Pahang di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera, semalam.
— Gambar Bernama BERAMAH MESRA: Ismail Sabri (kanan) beramah mesra dengan pesara selepas merasmikan Program Jelajah Pesara Negeri Pahang di Dewan Kompleks Rakan Muda Bera, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia