Utusan Borneo (Sarawak)

Lembu Sado, ayam eksotik mengujakan pengunjung Ekspo Johor

-

ISKANDAR PUTERI: Pameran lembu ‘Sado’ mengujakan pengunjung Ekspo Johor Berkemajua­n 2017 yang masuk hari kedua semalam.

Sebanyak lapan lembu pelbagai baka seperti Belgium Blue, Hereford, Murray Gray dan Limousin diperlihat­kan kepada orang ramai.

Presiden Persatuan Alumni Institut Veterinar Malaysia, Mohd Jalaludin Musa berkata lembu- lembu itu diternak di Johor bagi memenuhi permintaan bekalan daging tempatan selain lembu Jersey Fresian yang diternak untuk susu.

“Kebanyakan baka lembu ini diimport dari luar negara dan dibiakkan bersama lembu tempatan bagi melahirkan baka yang lebih baik dan sesuai dengan keadaan iklim tempatan.

“Lembu yang paling istimewa adalah lembu Limousin yang berasal daripada Perancis dan diternak di dalam negara melalui proses permanian berhadas,” katanya kepada Bernama di ekspo itu.

Mohd Jalaludin berkata anak-anak lembu yang dilahirkan mempunyai kualiti yang lebih tinggi dan lebih tahan kepada penyakit dan suhu.

Beliau berkata selain itu anak- anak lembu melalui kadar pertumbuha­n yang cepat di mana dalam tempoh setahun, setiap baka boleh mencecah berat lebih 500 kilogram (kg).

“Setakat ini lembu-lembu ini hanya diternak di Kota Tinggi,” katanya dan menambah pihaknya berhasrat untuk mengkomers­ialkan lembu-lembu ini di dalam negeri Johor.

“Selain jinak, lembu-lembu ini mampu menghasilk­an kuantiti daging mentah yang banyak, berat matang yang tinggi iaitu 1,200 kg bagi lembu jantan dan 720 kg lembu betina.

“Pada bulan puasa lepas, kita menjual 400 lembu Limousin dalam pasaran tempatan dan kita jangka jumlah ini akan meningkat,” katanya.

Selain lembu, turut menarik perhatian ialah ayam perhiasan baka Jepun atau ayam ‘Onagadori’ dan ayam Sumatera yang boleh dijual hingga mencecah RM15,000 yang dusahakan syarikat Marzuq Bayu Sdn Bhd (Marzuq).

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Marzuq, Mohamad Zulfadli Zahir berkata ayam perhiasan itu diimport dari negara luar dan diternak di Muar untuk pasaran dalam negara dengan harga anak ayam RM200 seekor.

“Kita mempunyai 22 baka ayam perhiasan tetapi dua baka iaitu Onagadori dan Sumatera menjadi pilihan ramai berikutan ciri-ciri luarannya yang unik.

Ayam Onagadori terkenal dengan ekornya yang panjang manakala ayam Sumatera pula terkenal dengan warna hitamnya,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? AYAM BAKA: Mohamad Zulfadli bersama ayam baka Sumatera yang berharga hampir RM15,000 sempena Ekspo Johor Berkemajua­n yang berlangsun­g di Iskandar Puteri, semalam.
— Gambar Bernama AYAM BAKA: Mohamad Zulfadli bersama ayam baka Sumatera yang berharga hampir RM15,000 sempena Ekspo Johor Berkemajua­n yang berlangsun­g di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia