Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilihan semula DAP: ROS setuju pelantikan firma audit bebas

-

KEPALA BATAS: Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (RoS) bersetuju dengan pelantikan sebuah badan bebas oleh DAP bagi mengendali­kan proses pemilihan semula Jawatankua­sa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.

Ketua Pengarah RoS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata DAP telah melantik Grant Thornton, sebuah firma audit bebas yang berpangkal­an di Amerika Syarikat, untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu yang dijangka pada 12 Nov ini.

“Kita telah jawab kepada pihak DAP yang kita bersetuju atas pelantikan badan bebas tersebut dan terpulang kepada DAP untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaia­n geran kepada persatuan penduduk di Pulau Pinang oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di Dewan Millenium, di sini semalam.

Sebelum ini DAP difahamkan telah melantik firma audit bebas PKF Consulting untuk mengadakan pemilihan semula CEC itu.

Bagaimanap­un, pelantikan firma audit itu sebagai pemerhati bebas dibantah oleh anggota perwakilan DAP yang layak mengundi dalam pemilihan semula berkenaan kerana mendakwa firma audit tersebut dipilih sendiri oleh pimpinan DAP yang tidak sah dan boleh menimbulka­n elemen curiga terhadap pemilihan semula terbabit.

Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Selasa dilaporkan berkata parti itu dalam proses menyiapkan dokumentas­i dan satu sidang akhbar mengenainy­a dijangka di- adakan dalam masa terdekat di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur.

Pada 17 Julai lalu DAP menerima surat daripada RoS yang mengarahka­n parti itu mengadakan pemilihan semula CEC.

Arahan itu dikeluarka­n berikutan RoS masih belum menerima dan mengiktira­f pemilihan parti yang dijalankan oleh DAP pada 15 Dis 2012 dan pemilihan semula pada 29 Sept 2013.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Mohamad Razin berkata sehingga September lalu, sebanyak 2,357 persatuan di Pulau Pinang telah dibatalkan pendaftara­nnya kerana melanggar Akta Pertubuhan 1966 dan undangunda­ng pertubuhan.

Beliau berkata mengikut rekod jabatan, terdapat 4,870 pertubuhan yang masih aktif di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia