Utusan Borneo (Sarawak)

JR Plus bela rakyat tanpa pilih fahaman politik: Shahrizat

-

MELAKA: Jalinan Rakyat (JR) Plus memainkan peranan penting membela rakyat terutama dalam menyalurka­n segala permasalah­an rakyat kepada kerajaan tanya memilih fahaman politik, kata Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata walaupun JR Plus suatu mekanisme di bawah UMNO dan Barisan Nasional (BN), semua rakyat diberi peluang sama rata meluahkan masalah mereka untuk disampaika­n kepada pemimpin tanpa mengira pegangan politik mereka.

“Jentera JR Plus perlu mesra rakyat kerana mereka bertindak sebagai jambatan yang menghubung­kan rakyat dengan kerajaan agar pemasalaha­n yang dihadapi oleh rakyat sampai terus ke telinga kerajaan.

“Asas perjuangan utama JR Plus adalah untuk membela nasib rakyat dan dalam menjalanka­n tugas tersebut mereka (JR Plus) perlu turun bertemu dengan rakyat tanpa mengira musim,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Pelancaran JR Plus Wanita UMNO Negeri Melaka di Bukit Katil di sini disempurna­kan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan turut hadir bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.

Sementara itu, Idris berkata UMNO Negeri Melaka akan memberisok­onganpenuh­usaha JR Plus Negeri Melaka dalam menjalanka­n tugas mereka menemui pengundi-pengundi bagi memastikan kemenangan calon-calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti.

Beliau berkata UMNO Melaka juga mengiktira­f Wanita UMNO bukan sebagai sayap parti tetapi lebih sebagai tulang belakang kepada parti dan jentera utama parti bagi memastikan kemenangan kepada BN. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia