Utusan Borneo (Sarawak)

Persembaha­n cemerlang Pulisic pukau penonton

Peluang AS untuk beraksi di temasya Piala Dunia 2018 cerah setelah menang 4-0 ke atas Panama

-

ORLANDO: Christian Pulisic mempamerka­n prestasi yang hebatdiOrl­andountukm­encerahkan lagi peluang Amerika Syarikat (AS) layak ke Rusia 2018 dengan kemenangan 4-0 ke atas Panama.

Pemain berusia 19 tahun yang cemerlang itu menjaringk­an satu gol dan mencipta satu lagi untuk melengkapk­an aksi selama 19 minit yang sensasi pada permulaan perlawanan kelayakan Piala Dunia yang penting ini bagi menyingkir­kan pasukan Panama dan membantu anak buah Bruce Arena m e n g a m - bil langkah yang yakin ke kejohanan akhir utama pada tahun depan.

P u l i s i c m e m b u k a jaringan pada minit kelapan dan dengan cantik melorongka­n bola kepada rakan serangan Jozy Altidore untuk menjadikan­nya dua gol dan memburukka­n lagi permulaan yang buruk bagi Panama, yang kini dijangka akan bermain dalam perlawanan play-off menentang sama ada Syria atau Australia untuk merebut tempat di Piala Dunia buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Honduras, yang terpaksa bermain dalam perlawanan yang ditangguhk­an sehari di Costa Rica kerana keadaan cuaca buruk, juga masih ada peluang.

Bagaimanap­un bagi pasukan Amerika, kemenangan ke atas pasukan tercorot kumpulan Trinidad and Tobago pada Selasa ini akan mengesahka­n tiket mereka ke kejohanan akhir kelapan berturut-turut dan malah satu mata dijangka memadai.

Semua tekanan dirasai AS, yang memulakan perlawanan terakhir selepas mengutip hanya satu mata sahaja daripada dua perlawanan terakhir mereka. Kekalahan yang melemahkan semangat di tempat sendiri pada awal September kepada Costa Rica disusuli keputusan seri 1-1 yang meresahkan di Honduras, satu keputusan yang hampir b u r u k t e t a p i d i s e l a - m a t k a n oleh gol penyamaan Bobby Wood p a d a minit ke-85. Dan dengan Panama yang tiba di Orlando satu mata di hadapan AS dan m e n g - intai l a w a t a n julung kali yang bersejarah ke ke- johanan akhir Piala Dunia, ketegangan ternyata ketara.

Empat perl a w a n a n terakhir d i antara keduadua pasukan berakhir dengan keputusan seri, satu keputusan yang pasti sesuai bagi pasukan Hernan Dario Gomez memandangk­an perlawanan terakhir mereka pada minggu depan adalah menentang pasukan Costa Rica yang dijangka sudah menyertai Mexico untuk layak pada ketika itu.

Arena mahu pasukannya bermain bersungguh-sungguh dari mula lagi dan memberi tekanan ke atas pasukan Panama yang selama ini sukar untuk dilemahkan, dibolosi hanya lima gol sahaja dalam perlawanan mereka sebelum ini pada pusingan kelayakan terakhir enam negara.

Pulisic, yang kini sudah terlibat dalam 11 daripada 14 gol pasukannya dalam seluruh peringkat kelayakan ini – memiliki semangat muda dan mahir yang diperlukan untuk merobek barisan pertahanan yang paling kental.

Wood, yang diberi peluang untuk bermain dahulu dengan mengetepik­an pemain veteran Clint Dempsey, mengetuai barisan dengan Altidore.

Bekas penyerang Sunderland itu nyaris menjaringk­an gol pada awal perlawanan apabila rembatan jarak dekatnya disekat sebelum Wood melakukan rembatan yang tersasar sedikit tidak lama kemudian.

Panama kelihatan gelisah tetapi peluang pertama Gabriel Torres untuk melakukan jaringan pada minit keenam sepatutnya menguji Tim Howard, sebaliknya tersasar jauh.

Ia adalah pembukaan yang bagus dan pembaziran­nya ternyata penting apabila Pulisic lari ke gawang lawan dan mempamerka­n sedikit kecemerlan­gan untuk menenangka­n keresahan AS.

Rakan serangan Altidore menolak bola ke atas dan setelah bintang Dortmund itu berjaya mengelak asakan Roman Torres, dia dengan tenang mengelecek Jaime Penedo dan menolak bola masuk dari sudut kecil.

Ia adalah permulaan yang sempurna bagi pasukan Arena, golnya yang keenam dalam kempen kelayakan ini dan mungkin jaringanny­a yang paling penting.

Bagaimanap­un sumbangann­ya pada minit ke- 19 juga sama penting dan mengagumka­n.

Selepas dia menerima bola di sayap kiri, Pulisic melakukan bola hantaran lintang yang hebat untuk ditolak masuk dengan gembira oleh Altidore.

AS dominan sama sekali dan pada minit ke-43, keputusan perlawanan dikira sudah dijangkaka­n.

Wood disangkut dalam kawasan penalti oleh pemain gantian Armando Cooper dan Altidore tampil dan dengan licik menendang bola ke tengah gawang untuk gol kelayakan Piala Dunia ke-18 dalam kariernya – terikat dengan Dempsey bagi jaringan terbanyak dalam sejarah AS.

Pulisic meninggalk­an padang dengan tepukan gemuruh pada minit ke-56 dan stadium riuh sekali lagi pada minit ke-63 apabila Wood melengkapk­an prestasi yang penuh dengan kerajinan dengan satu rembatan cantik untuk melemahkan lagi Panama. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TERIMA KASIH SEMUA: Pulisic memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.
— Gambar AFP TERIMA KASIH SEMUA: Pulisic memberikan reaksinya pada perlawanan tersebut.
 ?? — Gambar AFP ?? AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Amerika Syarikat dan Panama di Stadium Orlando City, Florida.
— Gambar AFP AKSI SEBENAR: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Amerika Syarikat dan Panama di Stadium Orlando City, Florida.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia