Utusan Borneo (Sarawak)

Kane enggan menjadi harapan tunggal skuad England di Rusia

-

LONDON: Harry Kane menegaskan dia bukan satusatuny­a harapan bagi England untuk mencapai kejayaan di Piala Dunia pada tahun depan. Pasukan Gareth Southgate menempah tempat mereka di kejohanan akhir di Russia dengan kemenangan 1-0 yang hambar ke atas Slovenia di Wembley pada Khamis lepas. Walau bagaimanap­un, permainan buruk England berakhir dengan positif apabila Kane menjaringk­an bola hantaran lintang Kyle Walker dalam masa tambahan. Penyerang Tottenham itu, yang dilantik untuk menjadi kapten England pada malam itu, merupakan seorang daripada beberapa pemain yang muncul dengan sebarang pujian selepas dia meneruskan kecemerlan­gannya. Kane telah menyusuli dua kasut emas Liga Perdana berturut-turut dengan menjaringk­an 14 gol dalam sembilan perlawanan untuk kelab dan negara. Dia kini sudah menjaringk­an 11 gol dalam 22 penampilan untuk negara dan k e l i - hatan s e p - e r t i satu darip a d a bakat kelas dunia yang benarbenar tulen bagi Southgate. Namun Kane dengan tegas menyatakan England memiliki kualiti yang m e n c u k u p i dalam posisi lain untuk membantuny­a memikul beban di Russia.

“Ia tidak bergantung hanya kepada saya sahaja, ia bergantung kepada seluruh pasukan,” kata Kane.

“Semua kami perlu bekerja sama sebagai satu unit. Saya rasa hebat dari segi fizikal, setiap perlawanan saya menjangkak­an jaringan, jadi saya perlu meneruskan­nya.

“Apabila kita ada seseorang yang menjaringk­an gol, ia membantu dan saya harap saya dapat meneruskan­nya dari sekarang hingga saat itu, kita lihat apa yang akan berlaku.

“Saya hanya perlu meneruskan apa yang saya buat untuk kelab dan untuk negara dan lihat apa yang akan berlaku pada tahun depan. Kita tidak dapat meletakkan sebarang had ke atas apa yang kita dapat capai, kita hanya perlu pergi ke sana dan lihat apa yang akan berlaku.”

Pemain pertahanan England Gary Cahill rasa lega untuk melihat kehebatan Kane menjaringk­an gol dalam perlawanan terakhir menyerikan persembaha­n pasukannya yang hambar.

Namun bintang Chelsea itu bersetuju dengan Kane bahawa England mesti mendapat sumbangan berkualiti dari posisi lain untuk mencerahka­n lagi peluang anak buah Southgate mempamerka­n prestasi yang konsisten di Russia.

“Prestasiny­a hebat dan dia pasti penuh dengan keyakinan,” kata Cahill.

“Dia mesti rasa seakanakan dia akan menjaringk­an gol setiap kali dia memasuki padang. Malah bukan satu, ia seperti ‘berapakah jumlah gol yang akan saya jaringkan pada hari ini?’ Dia mesti ada mentaliti seperti itu.

“Mentaliti yang tidak ada ketakutan – begitulah dia sekarang.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TENANG: Penjaga gol Serbia, Vladimir Stojkovic memberikan reaksinya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Austria dan Serbia di Stadium Ernst Happel, Vienna.
— Gambar AFP TENANG: Penjaga gol Serbia, Vladimir Stojkovic memberikan reaksinya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di antara Austria dan Serbia di Stadium Ernst Happel, Vienna.
 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia