Utusan Borneo (Sarawak)

Sepanyol ke Rusia, Serbia tertangguh

-

PARIS: Sepanyol layak untuk Piala Dunia 2018 dengan kemenangan rutin 3-0 ke atas Albania di negara sendiri, tetapi Serbia terpaksa menunggu untuk mengesahka­n tempat mereka ekoran kekalahan 3-2 di Austria.

Rodrigo, Isco dan Thiago Alcantara menjaringk­an gol dalam tempoh 30 minit pertama di Alicante untuk membantu juara dunia 2010 itu mengunci tempat teratas dalam Kumpulan G selepas Itali diikat 1-1 oleh Macedonia di Turin.

Pemain pertahanan Barcelona Gerard Pique disambut dengan ejekan pada penampilan antarabang­sa ke-92 hanya beberapa hari sahaja selepas dia mengundi dalam pungutan suara mengenai kemerdekaa­n Catalan yang dianggap menyalahi undang-undang oleh kerajaan Sepanyol.

Itali, juara empat kali Piala Dunia, akan bermain dalam perlawanan play-off pada November selepas gol penyamaan pemain gantian Macedonia Aleksandar Trajkovski pada minit ke- 77 mengikat gol pada babak pertama jaringan pemain pertahanan veteran Giorgio Chiellini.

Serbia melepaskan peluang untuk mengesahka­n kelayakan dari Kumpulan D dengan satu lagi perlawanan berbaki apabila Louis Schaub menjaringk­an gol seminit sebelum tamat untuk memberikan kemenangan kepada Austria di Vienna.

Serbia, yang dapat mengesahka­n tempat di Russia dengan kemenangan, mendahului menerusi gol awal jaringan Luka Milivojevi­c tetapi ketinggala­n apabila Austria membalas menerusi usaha Guido Burgstalle­r dan Marko Arnautovic.

Pemain tengah Manchester United Nemanja Matic menyamakan kedudukan pada minit ke-83 sebelum Schaub menyumbat gol kemenangan, tetapi Serbia masih dapat mara jika mereka menewaskan Georgia dalam perlawanan kelayakan terakhir mereka di Belgrade esok (Isnin).

Tom Lawrence menjaringk­an gol antarabang­sa pertamanya untuk membantu W a l e s mencatatka­n kemenangan 1- 0 yang amat penting di Georgia dan memastikan mereka berpeluang cerah untuk menempah tempat di kejohanan akhir.

P a s u k a n I r e l a n d menewaskan Moldova 2-0 di Dublin menerusi dua jaringan Daryl Murphy pada separuh masa pertama dan sekarang menentang Wales di negara sendiri dalam perlawanan pusingan terakhir dengan tempat pertama dalam kumpulan yang masih menjadi rebutan.

Serbia mendahului kumpulan dengan 18 mata manakala Wales, yang mahu mara ke Piala Dunia buat pertama kali sejak 1958, di tempat kedua dengan 17 mata dan Ireland satu mata lagi di belakang.

Iceland mengambil langkah besar ke arah penampilan sulung di Piala Dunia dengan kemenangan 3- 0 yang meyakinkan ke atas Turki di Eskise

h i r yang h a m p i r pasti menyingkir­kan pasukan tuan rumah.

Ukraine berkongsi 17 mata dengan Croatia ekoran kemenangan 2-0 di Kosovo dan akan melayan kunjungan Croatia di Kiev esok. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? MENCARI GOL: Pemain Sepanyol, Moreno (kanan) bertembung dengan penjaga gol Albania, Berisha pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di Stadium Jose Rico Perez, Alicante.
— Gambar AFP MENCARI GOL: Pemain Sepanyol, Moreno (kanan) bertembung dengan penjaga gol Albania, Berisha pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Rusia di Stadium Jose Rico Perez, Alicante.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia