Utusan Borneo (Sarawak)

Maraton Chicago: Kimetto dan Dibaba pelari digeruni

-

CHICAGO: Dennis Kimetto dari Kenya dan Tirunesh Dibaba dari Habsyah adalah antara pelari- pelari yang perlu ditewaskan dalam Maraton Chicago pada hari ini (Ahad), di mana Florence Kiplagat dari Kenya memburu mahkota Chicago ketiga berturut-turut.

Dibaba, yang memiliki rekod 5,000 meter dunia 14:11.15, akan diuji oleh Kiplagat, yang menang pada tahun lepas dalam masa 2:21:32, hampir dua minit di hadapan naib juara Edna Kiplagat.

Kimetto, 33, merupakan pemegang rekod dunia bagi jarak 26.2 batu dari kemenangan­nya di Berlin 2014 dengan catatan masa 2:02:57. Dia juga menang di Chicago dan Tokyo pada 2013, dengan mencatatka­n masa 2:03:45 di Amerika Syarikat.

Namun Kimetto ada misteri sedikit pada kali ini, selepas dia gagal untuk menamatkan dua daripada empat maratonnya sejak 2014, termasuk Maraton Boston pada tahun ini pada April lalu disebabkan oleh kecederaan.

Stanlet Biwott dari Kenya, pemenang Maraton New York 2015, menduduki tempat kedua di London pada tahun lepas dalam catatan masa 2:03:51, menjadikan­nya kedua terpantas dalam barisan pelari pada hari ini untuk penampilan sulungnya di Chicago.

Naib juara Olimpik Feyisa Lilesa dari Habsyah, pemenang Maraton Tokyo pada tahun lepas, datang ke Chicago selepas memenangi Maraton Setengah New York.

Juara bertahan di Chicago adalah Abel Kirui, 35, dari Kenya, iaitu naib juara maraton Olimpik London yang memenangi kejuaraan maraton dunia pada 2009 dan 2011 dan menewaskan Dickson Chumba dengan kelebihan tiga saat pada tahun lepas dalam masa 2:11:23.

Zersenay Tadese, 35, dari Habsyah menduduki tempat kelapan dalam acara 10,000 meter di Rio dan berharap untuk melengkapk­an maraton buat kali keempat dalam kariernya.

Dibaba, 32, merupakan juara dunia 5,000 meter sebanyak dua kali dan juara dunia 10,000 meter sebanyak tiga kali, ketinggala­n hanya di belakang rakan senegara Almaz Ayana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia