Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terbuka Sarawak pada 24-27 Oktober

-

KUCHING: Persatuan Angkat Berat Negeri Sarawak ( PABNS) dengan kerjasama Persekutua­n Angkat Berat Malaysia ( PABM), Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS), Kementeria­n Belia Dan Sukan Negeri Sarawak ( KBS) menganjurk­an Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terbu- ka Sarawak 2017 pada 24 hingga 27 Oktober ini.

Kejohanan turut disokong Kerajaan Negeri Sarawak akan berlangsun­g di Dewan Serba Guna Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Sebanyak 14 negeri iaitu Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutua­n, Kelantan, Johor, Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu, TLDM, Pahang, PDRM, Sabah dan Perak telah mengesahka­n penyertaan dengan jumlah atlet dijangka seramai 150 orang.

Kejohanan itu mempertand­ing lapan kategori berat badan untuk lelaki dan lapan kategori untuk wanita.

Kategori berat badan lelaki ialah 56kg, 62kg, 69kg, 77kg, 85kg, 94kg, 105kg dan melebihi 105kg. Manakala wanita 48kg, 53kg, 58kg, 63kg, 69kg, 75kg, 90kg dan melebihi 90kg.

Kejohanan tersebut bagi mencungkil bakat- bakat baharu kalangan atlet untuk diketengah­kan ke peringkat lebih tinggi selain persediaan menghadapi Sukan Malaysia ( SUKMA) 2018 di Perak dan mempromosi­kan su- kan tersebut kalangan masyarakat tempatan.

Selain itu, membolehka­n pegawai- pegawai teknikal tempatan menimba pengalaman bagi menempuh kejohanan Sukan Sarawak ( SukSar) yang akan berlangsun­g pada Disember depan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dijadualka­n menyempurn­akan pembukaan kejohanan itu pada 24 Oktober ini, jam 9 pagi.

Warga Kuching dipelawa datang beramai- ramai menyaksika­nnya dan kemasukan adalah percuma.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia