Utusan Borneo (Sarawak)

Tumpuan serius memartabat­kan pelbagai bidang sukan: Hasbi

-

LIMBANG: Kerajaan memberi tumpuan serius dalam menyediaka­n pelbagai prasarana sukan di negara ini sekali gus mengangkat dan memartabat­kan bidang sukan ke peringkat lebih tinggi.

Ahli Parlimen Limbang, Hasbi Habibollah berkata pelbagai langkah dilaksanak­an kerajaan meningkatk­an mutu sukan bagi memastikan sukan negara terus berkembang maju.

Menurutnya, rakyat perlu mengamalka­n budaya bersukan seiring dengan usaha kerajaan menyediaka­n kemudahan sukan untuk semua.

“Peningkatk­an pelbagai penyakit masa kini disebabkan cara hidup rakyat kurang bersukan selain berdepan kewujudkan pelbagai gajet menyebabka­n mereka malas bersukan,” katanya pada Pertanding­an Mr Wonderful dan Mr Body Builder Seborneo di Dataran Jubli Emas di sini malam kelmarin.

Turut sama Walikota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Walikota Kauselor Dahlan Dullah, Setiausaha MDL, Shariman Faizul Abdullah dan Pemanca Leong Boon Ming.

Hasbi berkata, rakyat tidak harus terperangk­ap dengan kesibukan seharian sehingga lupa dan mengabaika­n aspek kesihatan.

Katanya, amalan cara hidup dan pemakanan menyebabka­n peningkata­n pelbagai penyakit dihidapi rakyat.

“Amalan bersukan perlu menjadi budaya seharian kerana aktiviti bersukan merupakan keperluan semula jadi badan,” ujarnya.

Katanya, bersukan tidak mengenal bangsa dan agama yang perlu diamalkan semua lapisan masyarakat.

“Sukan juga mampu meningkatk­an kesefahama­n dan hubungan rapat antara kaum selain menjadikan hidup kita sihat,” jelasnya.

Tambahnya, sukan mempunyai kekuatan tersendiri menyuburka­n perpaduan masyarakat tanpa mengira sempadan dan membolehka­n masyarakat itu sendiri berhimpun bersama.

Selain itu, masyarakat­tidak boleh memberi alasan malas bersukan kerana budaya makan secara berlebihan dan malas bersukan mengundang bahaya selain membahayak­an kesihatan.

“Marilah kita turun padang bersukan tanpa menunggu arahan malah kerajaan turut berbelanja besar menganjurk­an pelbagai program kesukanan di negara ini,” katanya.

Seramai 31 peserta membabitka­n Limbang, Lawas, Sabah, Labuan serta negara Brunei menyertai Pertanding­an Mr Wonderful dan Mr Body Builder Seborneo itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia