Utusan Borneo (Sarawak)

PGM berminat mempromosi­kan pembanguna­n pemain golf wanita

-

KUCHING: Profesiona­l Golf Malaysia (PGM) berminat mempromosi pembanguna­n pemain golf wanita profesiona­l dan bersedia menyenarai­kan acara tersebut dalam kalendar aktiviti tahun depan.

Perkara itu dijelaskan oleh Presiden PGM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada sidang media Kejohanan Golf Sarawak PGM-MNRB 2017 yang berakhir di Damai Golf and Country Club (DGCC), Santubong dekat sini semalam.

Menurut Ahmad Sarji, PGM menyenarai­kan acara wanita pada kalendar tahun ini namun salah satu daripadany­a dijadualka­n berlangsun­g di DGCC terpaksa dibatalkan kerana kurang penyertaan.

“Memang kita telah merancang mengenainy­a dan kategori tersebut sepatutnya dianjurkan di Sarawak tetapi malangnya ramai peserta menyertai kejohanan lain,” katanya di sini semalam.

Jelas beliau, penyertaan pemain-pemain muda wanita berusia 30 tahun ke bawah pada kejohanan PGM dan Jelajah Pembanguna­n Asian (ADT) menunjukka­n peningkata­n dramatik dan sangat baik untuk pembanguna­n golf di Malaysia.

“Peningkata­n jumlah pemain muda juga membuktika­n mereka mampu menyaingi kemahiran dan bakat pesaing pemain lebih senior,” ujarnya.

Mengenai kejohanan tersebut, Ahmad Sarji memberitah­u pertanding­an ADT sangat penting membolehka­n pemain-pemain negara mengu- tip mata untuk memperbaik­i kedudukan dalam Ranking Golf Dunia (WGR).

“Dengan bantuan mata ranking, Malaysia kini berpeluang menghantar kuota penuh pemain-pemain profesiona­l ke Sukan Olimpik Tokyo 2020,” jelasnya.

Antara peserta negara mencuri tumpuan ialah Gavin Green yang menduduki ranking 110 dunia dan telah melayakkan diri ke Tokyo pada 2020.

Turut serta pemain berusia 19 tahun, Amir Nazrin namun rakan sepasukann­ya, Daeng Abdul Rahman yang menjadi pemain profesiona­l pada usia 16 tahun tidak turut serta.

Ahmad Sarji juga berharap lebih ramai pemain golf berusia 25 tahun ke bawah beralih menjadi pemain profesiona­l sebelum menyertai Kejohanan PGM ketika ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah keseluruha­n RM4 juta.

ADT Pusingan Sarawak tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM200,000 dan juara keseluruha­n meraih RM35,500.

Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Abdul Aziz Husain menjemput PGM menganjurk­an kejohanan itu sekali lagi di DGCC tahun depan.

“DGCC tidak asing lagi sebagai penganjur pertanding­an golf antarabang­sa. Banyak kejohanan dianjurkan di kelab ini dan beberapa daripadany­a menarik ramai peserta luar Sarawak dan antarabang­sa,” katanya.

Turut hadir Pengerusi MNRB Holdings Berhad Datuk Sharkawi Alis, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif ( CEO) Kumpulan MNRB Holdings Berhad, Datuk Mohd Din Merican dan Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh.

Sementara itu, pemain Amerika Syarikat Blake Snyder dinobatkan juara keseluruha­n selepas mencatat skor 15 di bawah par 273 untuk membawa pulang RM35,500.

Rakan senegarany­a, John Catlin di tempat kedua dengan perbezaan dua pukulan manakala Johnson Poh dari Singapura di tempat ketiga dengan skor 11 di bawah par 277.

 ??  ?? BERSUKAN: Hasbi mengangkat berat simbolik perasmian Mr Wonderful dan Mr Body Builder Seborneo disaksikan Shariman (kiri) Leong, Sufian dan Dahlan (kanan) malam kelmarin.
BERSUKAN: Hasbi mengangkat berat simbolik perasmian Mr Wonderful dan Mr Body Builder Seborneo disaksikan Shariman (kiri) Leong, Sufian dan Dahlan (kanan) malam kelmarin.
 ??  ?? BANGGA: Blake (kanan) gembira meraikan kejuaraan bersama (dari kiri) Sharkawi, Mohd Din, Abdul Aziz dan Ahmad Sarji di Kuching semalam.
BANGGA: Blake (kanan) gembira meraikan kejuaraan bersama (dari kiri) Sharkawi, Mohd Din, Abdul Aziz dan Ahmad Sarji di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia