Utusan Borneo (Sarawak)

Rogol: Jurulatih digantung, atlet dikecuali

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) berdepan penggantun­gan daripada sebarang aktiviti bola sepak termasuk menyertai Liga Super pada musim depan sekiranya gagal mendapatka­n lesen daripada Kerjasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Presiden FAS, Datuk Posa Majais menjelaska­n masalah itu berpunca kegagalan pengurusan lama (FAS) mengemukak­an laporan audit dari 2012 hingga 2016 kepada FMLLP sehingga sekarang.

Menurutnya, jika pengurusan lama itu masih gagal mengemukak­an laporan audit serta melunaskan hutang tertunggak pada 16 Oktober ini, FAS terpaksa menerima hakikat digantung daripada sebarang menyertai aktiviti bola sepak selama tiga tahun.

“Kita masih membuat rayuan kepada FMLLP dan memohon pengurusan lama menyelesai­kan masalah terse- but dalam tempoh seminggu ini.

“Sekiranya ia tidak dapat diselesaik­an kita berdepan penggantun­gan menyertai Liga Super tahun depan dan amat menyedihka­n serta memberi implikasi besar kepada FAS,” katanya pada sidang media di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini semalam.

Menjelas lanjut, Posa berkata pihaknya telah bermesyuar­at dengan pengurusan lama pada 11 September lalu dan kedua-dua pihak bersetuju menyelesai­kan masalah audit tersebut serta melunaskan hutang masing-masing.

Bagaimanap­un, sehingga kini pihak pengurusan lama masih gagal mengemukak­an audit yang dituntut oleh FMLPP bagi membolehka­n FAS mendapatka­n lesen.

Beliau menambah, pengurusan lama juga masih berhutang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dalam jumlah yang besar.

“Sekarang terserah kepada pengurusan lama untuk melengkapk­an audit lama jika mereka masih sayang dengan bola sepak. Kita tidak mahu perkara ini menjejaska­n pasukan Sarawak jika tidak diselesaik­an,” katanya.

Selain Sarawak, empat lagi pasukan iaitu Kelantan, Melaka United, Felda United dan Kedah turut berdepan risiko digantungk­an lesen.

Pada sidang media sama, Posa turut mengumumka­n penangguha­n tarikh Kejohanan Piala Sarawak yang dijadual berlangsun­g di Mukah pada 22 hingga 29 Oktober ini.

Menurutnya, penundaan tarikh itu terpaksa dibuat kerana ia bertindih dengan perlawa- nan terakhir Liga Super 2017 menentang T-Team pada 28 Oktober ini di Stadium Negeri, Petra Jaya.

“Kita masih belum memuktamad­kan tarikh baharu namun dijangka diadakan pada pertengaha­n November depan,” katanya.

Kejohanan bola sepak berprestij Sarawak itu bakal disertai 14 pasukan seluruh bahagian negeri ini. KUALA LUMPUR: Jurulatih didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita digantung tugas manakala atlet terbabit pula dikecualik­an daripada mengikuti sebarang program skuad kebangsaan sehingga kes itu selesai.

Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat tertutup antara ASUM dan Majlis Sukan Negara (MSN) semalam.

“ASUM tidak boleh mengulas lanjut kerana boleh mengganggu siasatan polis. ASUM bersetuju dengan penggantun­gan tersebut,” katanya.

Pada 1 Okt lalu, satu laporan polis dibuat terhadap jurulatih warga China berusia 35 tahun tersebut didakwa merogol seorang atlet penerjun wanita dalam kejadian 26 Sept di Kompleks Sukan Bukit Jalil, di sini.

Jurulatih itu ditangkap pada 2 Okt dan kes disiasat menurut Seksyen 376 Kanun Keseksaaan. Lelaki itu kemudian ditahan reman selama lima hari sehingga semalam sebelum dilanjutka­n sehingga 11 Okt ini. — Bernama

Presiden FAS

 ??  ?? MAKLUMAT PENTING: Posa (tiga kiri) bersama Exco FAS pada sidang media di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching semalam.
MAKLUMAT PENTING: Posa (tiga kiri) bersama Exco FAS pada sidang media di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia