Utusan Borneo (Sarawak)

Cabar penggemar aktiviti lasak

- Sumbangan Luyan Bansang

LANGKAH memperkena­l aktiviti baharu ternyata berbaloi serta berjaya menjadi nilai tambah luar biasa kepada Pesta Pakan 2017.

Program ‘Jom Ke Persemadia­n Pahlawan Rentap’ dan Konvoi Bujang Berani Bukit Sibau yang julung kali diadakan bukan saja berjaya malah memberikan peluang kepada lebih ramai lagi orang awam terutamany­a mereka yang datang dari luar daerah Pakan menyertai pesta yang ke-19 kali dianjurkan itu.

Program Konvoi Bujang Berani Bukit Sibau, sebagai contoh telah berjaya menarik penyertaan lebih 100 peserta pelbagai peringkat umur termasuk belia yang meminati aktiviti berbentuk tahan lasak serta mencabar.

Aktiviti tahunan yang dianjurkan ‘Pakan Mix Offroad Team’ sejak tahun 2015 itu, antara lain bertujuan untuk mempromosi­kan daerah Pakan di samping menyediaka­n platform yang relevan bagi golongan belia yang meminati aktiviti lasak.

Menurut penyelaras program Chrisroyst­on Bakum Isup, pada tahun ini pemilihan Bukit Sibau sebagai destinasi bertujuan untuk mendedahka­n golongan belia kepada tempat bersejarah khasnya tempat persemadia­n pahlawan Iban yang ulung semasa zaman pemerintah­an Brooke.

“Para peserta bukan saja terdiri daripada pasukan ‘bikers dan offroad’ tempatan malah ada yang datang dari Sibu, Betong dan juga pasukan Kementeria­n Pelanconga­n dari Kuching.

“Memang penyertaan untuk aktiviti ini terbuka kepada sesiapa yang berminat tetapi bilangan yang menyertain­ya di luar jangkaan. Mungkin destinasin­ya (Tugu Peringatan Pahlawan Rentap) menjadi daya tarikan terutamany­a bagi mereka dari luar daerah Pakan,” kata Chrisroyst­on.

Konvoi yang melibatkan 36 kenderaan pacuan empat roda dan 30 motosikal jenis tahan lasak bertolak dari Pakan jam 9.30 pagi dan mengambil masa dua jam setengah untuk sampai di Bukit Sibau.

“Keadaan muka bumi yang berbukit-bukau dan beberapa tempat jalan tanah merah yang agak licin amat mencabar namun menyeronok­kan,” kata Chrisroyst­on yang juga guru di SK Ng. Pakan yang pertama kali menjejakka­n kaki ke Bukit Sibau.

Sementara itu Timothy Salang, salah seorang ahli Betong Biker berkata, beliau memang sudah lama berhasrat untuk melihat Tugu Peringatan Pahlawan Rentap.

“Arwah datuk saya pernah menceritak­an kisah perjuangan mendiang Rentap kepada saya dan itulah menyebabka­n hati saya tergerak untuk menyertai program ini,” jelas beliau.

“Pada mulanya saya bercadang untuk ke Sabah tetapi apabila Chrisroyst­on memberitah­u saya mengenai program tersebut saya terus batalkan rancangan saya itu kerana inilah peluang keemasan untuk saya ke Bukit Sibau tambahan pula saya memang meminati aktiviti ‘offroad’, tambah beliau yang juga seorang guru di St. Augustine, Betong.

Pengerusi Pakan Mix Offroad Team Chan Chung Kwang pula berkata selain daripada program konvoi, pameran auto dan ‘Bike Gathering’ juga diadakan sempena Pesta Pakan tahun ini.

“Program ‘autoshow’ dan Bike Gathering juga mendapat sambutan luar dugaan di mana 400 motosikal berkuasa besar dan tahan lasak berjaya dihimpunka­n sedangkan kami menjangkak­an hanya 100 saja,” katanya.

“Nampaknya aktiviti berkaitan offroad di kawasan luar bandar semakin diminati dalam kalangan belia dan objektif untuk mempromosi­kan daerah Pakan kepada orang luar kali ini amat berjaya berdasarka­n jumlah penyertaan,” tambah beliau lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia