Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaksanaa­n projek pembanguna­n RMK11 di Sabah lancar: Musa Kerajaan negeri akan terus pergiat usaha pacu pembanguna­n negeri

-

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n projek pembanguna­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di Sabah berjalan lancar dengan 81 peratus atau RM646.874 juta daripada peruntukan pembanguna­n biayaan kerajaan negeri untuk tahun pertama telah dibelanjak­an tahun lepas.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata kerajaan persekutua­n juga telah menambah peruntukan pembanguna­n sebanyak 12.6 peratus kepada RM4.277 bilion pada 2017, tahun kedua pelaksanaa­n RMK11 berbanding pada 2016.

“Sehingga 25 Sept tahun ini, jumlah projek yang telah diluluskan ialah 647 iaitu 304 projek sambungan dan 343 projek baharu, melibatkan antaranya pelaksanaa­n Lebuh Raya Pan Borneo Sabah, bekalan air dan elektrik luar bandar, jalan perhubunga­n desa dan program perumahan rakyat,” katanya berucap pada Istiadat Pengurniaa­n Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah sempena ulang tahun ke-64 Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini semalam.

Musa berkata kerajaan negeri akan terus mempergiat usaha memacu pembanguna­n negeri sekali gus memperheba­t agenda membela nasib rakyat bagi memastikan mereka terus menikmati kemakmuran, kesejahter­aan dan kemajuan pesat.

Mengenai Koridor Pembanguna­n Sabah (SDC), Musa berkata sebanyak RM2.5 bilion telah disalurkan oleh kerajaan persekutua­n bagi projekproj­ek pembanguna­n SDC di bawah RMK9 hingga RMK11 setakat 30 Jun lepas.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM2 bilion atau 93.6 peratus telah disalurkan oleh Pihak Berkuasa Pembanguna­n Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA).

“Sejak pelancaran SDC pada 2008 sehingga suku kedua tahun ini, sejumlah RM163 bilion dalam pelaburan kumulatif telah direkodkan,” katanya.

Mengenai sektor di bawah Halatuju Negeri, Musa berkata ia terus mencatatka­n pertumbuha­n memberangs­angkan dengan prospek ekonomi positif didorong oleh sektorsekt­or utama termasuk sektor pelanconga­n yang terus kukuh dengan mencatatka­n ketibaan 2.109 juta pelancong bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Menurutnya jumlah itu adalah peningkata­n dua angka iaitu sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas, dan Sabah kekal menjadi destinasi pelanconga­n paling popular dalam kalangan pelancong asing dan domestik.

Beliau berkata kerajaan negeri giat menjalanka­n pelbagai usaha untuk menarik lebih banyak pelancong termasuk meningkatk­an kemudahan penginapan dengan projek baharu antaranya Sabah Inter- national Convention Centre, Tanjung Aru Eco Developmen­t, Jesselton Quay dan Kota Kinabalu Convention City.

Musa juga berkata kerajaan negeri sedang giat meneroka destinasi pelanconga­n berpotensi tinggi di setiap daerah di Sabah.

Mengulas sektor pembuatan, Musa berkata ia menunjukka­n momentum pertumbuha­n amat menggalakk­an dengan nilai eksport barang keluaran kilang meningkat 13 peratus kepada RM1.194 bilion untuk separuh pertama tahun ini berbanding tempoh sama setahun lalu.

“Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu akan terus menarik lebih ramai kemasukan pelabur dengan pembanguna­n Digital Free Trade Zone dan dalam masa sama, kerajaan negeri juga telah mewujudkan ‘ Shared Services and Outsourcin­g Centre ‘ untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memasarkan produk di pasaran tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Dalam usaha meningkatk­an kesejahter­aan rakyat di luar bandar, Musa berkata, kerajaan negeri akan meneruskan program seperti Ladang PPRT (Program Pembanguna­n Rakyat Termiskin) dan Program Peningkata­n Ekonomi Setempat, selain menambah baik program Mini Estet Sejahtera ( MESEJ) bagi membantu peserta keluar daripada garis kemiskinan.

Sementara itu, Tun Juhar dalam perutusan khasnya mengingatk­an rakyat Sabah untuk sentiasa memelihara perpaduan pelbagai kaum serta menghargai nilai hidup harmoni bagi terus mengekalka­n kemakmuran dan kemajuan yang dikecapi ketika ini.

Beliau turut menggesa se- mua rakyat di Sabah memberi kerjasama kepada kerajaan dalam usaha memelihara serta mempertaha­n keamanan dan keselamata­n, di samping memerangi keganasan dan membantera­s ekstremism­e dalam sebarang bentuk.

Juhar turut melahirkan kebimbanga­n penularan fahaman dan gerakan ekstremism­e yang mengganggu-gugat keharmonia­n hidup bermasyara­kat di negeri ini serta mahu anasir itu dipantau dan ditangani dengan tegas.

Dalam perkembang­an lain, Juhar mahu kerajaan negeri terus memperheba­t pembanguna­n modal insan berkualiti, berkemahir­an dan berpengeta­huan tinggi bagi merealisas­ikan visi menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri maju seiring Dasar Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Beliau juga mahu semangat kerjasama yang sedia terjalin antara penjawat awam negeri dan Persekutua­n terus diperkukuh sebagai pasukan dinamik dan efisien bagi memastikan semua program pembanguna­n dirancang untuk manfaat rakyat dapat dilaksanak­an dengan jaya.

Pada istiadat itu, Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengetuai senarai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat negeri dengan menerima anugerah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Turut menerima SPDK pada istiadat itu ialah Menteri Tugas- Tugas Khas Sabah Datuk Teo Chee Kang; Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun; Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahli Majlis Penasihat Parti Pertubuhan Pasokmomog­un Kadazandus­un Murut Bersatu (UPKO) Datuk Tuanku Balanggung.

Seramai 1,023 individu dianugerah­i darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormat pada sambutan tahun ini. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISAMBUT: Tun Juhar (kiri) bersalaman dengan Musa sebaik tiba pada sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka semalam.
— Gambar Bernama DISAMBUT: Tun Juhar (kiri) bersalaman dengan Musa sebaik tiba pada sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-64 Yang di-Pertua Negeri Sabah di Padang Merdeka semalam.
 ??  ?? CEKUP: Polis marin tahan juragan serta penumpang serta bot digunakan.
CEKUP: Polis marin tahan juragan serta penumpang serta bot digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia