Utusan Borneo (Sarawak)

Polis marin tahan juragan bersama empat wanita

-

SANDAKAN: Seorang juragan bot bersama empat wanita ditahan polis marin di sini kerana memasuki negeri ini secara haram di kawasan laut Batu 3, malam Khamis.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, pihaknya menahan seorang lelaki warga Filipina berumur 20 tahun merupakan juragan bot berkenaan.

“Empat wanita warga Filipina berumur 14 hingga 38 tahun turut ditahan dalam bot yang sama,” katanya.

Beliau berkata, sekitar jam 8.30 malam pada Khamis bertindak atas maklumat kemasukan migran dari negara jiran di mana pihaknya telah membuat rondaan menggunaka­n bot PSC 13 di kawasan laut itu.

“Semasa buat intipan dan pemantauan di situ kelihatan sebuah bot laju yang mencurigak­an sarat dengan muatan bergerak dari arah laut cuba memasuki Sungai Batu 3,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menghampir­i bot terbabit dan memperkena­lkan diri sebagai polis di mana juragan bot telah bertindak memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan.

“Setelah dikejar oleh polis, bot terbabit berjaya dipintas dan hasil pemeriksaa­n mendapati juragan bot membawa empat wanita disyaki migran dari negara Filipina,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaa­n itu juga menjumpai satu bag sandang milik juragan yang di dalamnya terdapat wang peso berjumlah 12,500.00 peso dan RM360.00 disyaki hasil dari tambang membawa masuk migran.

“Juragan bot juga mengaku secara lisan memasuki negara ini dengan niat melalui laluan tidak diwartakan,” katanya.

Mohd Yazib berkata, kesemua yang ditahan bersama bot dibawa ke Pangkalan Polis Marin Sandakan untuk tindakan lanjut.

“Juragan bot ditahan di bawah Seksyen 55A(1) Akta Imigresen 1959/63. Manakala empat penumpangn­ya di bawah Seksyen 5(2) akta yang sama, “katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah merampas sebuah bot kayu dianggarka­n bernilai RM5,000, satu unit enjin Yahama RM11,000 serta wang tunai milik juragan.

 ??  ?? BANTUAN: Ellron menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang murid.
BANTUAN: Ellron menyampaik­an bantuan KWAPM kepada salah seorang murid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia