Utusan Borneo (Sarawak)

Bina bulatan Simpang 4 Pinawantai untuk kemudahan penduduk

-

MATUNGGONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Dato’ Jelani Hamdan melahirkan rasa kesal berikutan kegagalan Jabatan Kerja Raya (JKR) membina bulatan di Simpang 4 Jalan Pinawantai sehingga menyebabka­n kerap berlaku kemalangan di situ.

Katanya, JKR perlu segera membina Bulatan Pinawantai bagi mengelak terus berlaku kemalangan yang boleh meragut nyawa pengguna jalan raya.

Beliau berkata, dalam tempoh dua minggu, dua kejadian kemalangan dilaporkan berlaku di lokasi itu dan terbaharu yang berlaku kelmarin melibatkan kenderaan polis dan awam.

“Saya sudah banyak kali kemukakan isu ini sama ada kepada JKR atau dalam persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, malangnya belum ada tindakan susulan daripada pihak JKR.

“Saya juga pernah memohon agar menggunaka­n peruntukan ADUN saya untuk membina bulatan sementara, tetapi pihak JKR Kudat tidak setuju. Saya akur sebab ia melibatkan perundanga­n dan lain-lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelani berkata, beliau juga membawa kes itu dalam sidang DUN Sabah pada 11 April 2017 dan mendapat jawapan dari pihak Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur bahawa ia akan dilaksanak­an tahun ini di bawah Program Pengurusan Trafik.

“Sudah lima bulan berlalu, sehingga hari ini masih belum ada tanda-tanda pembinaan bulatan Pinawantai akan dilakukan oleh pihak JKR,” tegasnya.

Beliau juga kesal dengan kegagalan JKR Kota Marudu menyelengg­ara jalan ke Kampung Teringai Laut sehingga menyebabka­n keadaan jalan itu amat sukar dilalui oleh kenderaan.

“Sudah dua menteri datang dan membuat pengumuman pengaspala­n penuh jalan sejauh 16 km ini tetapi hanya kurang dari 4km yang diaspal, keadaannya pun berlubang sana-sini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat yang mendapat konsesi penyelengg­araan sebahagian jalan-jalan di kawasan Matunggong agar menjalanka­n tanggungja­wab yang diamanahka­n kerajaan.

Jelani mengambil contoh, Jalan Kampung Tuboh - Kg Nangka amat jarang diselengga­ra oleh syarikat konsesi.

“Bagi pihak penduduk kam- pung, saya mengucapka­n terima kasih kepada pihak yang kerap menyelengg­ara jambatan-jambatan kayu. Bagaimanap­un ianya masih belum mencukupi,” tegasnya.

Menurutnya, antara jalanjalan JKR yang kurang dipedulika­n oleh JKR Kota Marudu dan syarikat konsesi ialah Jalan ke Kg Teringai Laut, Jalan Kg Mangin dan Jalan Kg Bintasan Darat

Sementara jalan-jalan yang kurang dipedulika­n oleh pihak JKR Kudat ialah Jalan Kg Radtak - Kg Lotong, Jalan Kg Lotong – Lokoton, Jalan Kg Bodu , jalan kg Bonduk - Kg Pituru, Jalan Kg Garau - Penempatan Milau , Jalan Kg Lajong , Jalan Kg Tinangol - Indarason laut , Jalan Kg Garib - Kg Sebayan, jalan Kg Kirangavan , jalan kg Pinawantai - Kg Kabangaan dan Jalan Kg Inukiran/Sinusukan.

 ??  ?? KERJASAMA: Penduduk kampung bergotong-royong membaiki Jalan ke Kg.Teringai Laut di bawah jagaan JKR.
KERJASAMA: Penduduk kampung bergotong-royong membaiki Jalan ke Kg.Teringai Laut di bawah jagaan JKR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia