Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka cadang wajib peserta TUBE daftar SSM: Exco

-

MELAKA: Melaka kini dalam proses perbincang­an untuk mewajibkan peserta Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) agar berdaftar dengan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) bagi memantau perkembang­an peserta program itu dengan kerjasama SME Corporatio­n Malaysia (SME Corp).

Exco Pertanian dan Pembanguna­n Usahawan Melaka, Datuk Hasan Abdul Rahman berkata inisiatif itu diambil bertujuan bagi memastikan kumpulan tersebut memanfaatk­an sepenuhnya bantuan kewangan yang diterima.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan bantuan yang diberikan mampu membantu para usahawan mengembang­kan perniagaan mereka sekali gus menjadi penyumbang kepada kekuatan ekonomi negeri serta negara.

“Kita sedang mengumpulk­an maklumat daripada semua agensi strategik termasuk SME Corp untuk membuat permohonan kepada SSM agar mewujudkan rangkaian TUBE bagi memudahkan proses pemantauan kepada golongan usahawan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Terdahulu, Hasan merasmikan program TUBE Mega 2017 yang berlangsun­g di Kem Program Latihan Khidmat Negara, Ayer Keroh, di sini yang turut dihadiri Ahli Perbadanan SME Corp Malaysia Agil Faisal Ahmad Fadzil.

Mengulas lanjut, Hasan berkata agensi terlibat perlu melaksanak­an pelbagai usaha strategik dan pendekatan berinovasi agar usahawan mampu memperluas serta mengukuhka­n perniagaan mereka.

“Meskipun ‘ alignment’ (penjajaran) kita dah siapkan namun mereka perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran sekiranya perniagaan mereka kurang berjaya,” katanya.

Beliau berkata usahawan tempatan perlu mengambil inisiatif dan menggiatka­n usaha secara konsisten bagi memperting­kat prestasi dan kemahiran masing- masing agar terus berdaya saing sekali gus melonjakka­n penglibata­n mereka dalam perniagaan di peringkat global.

“Kita telah berjaya melahirkan 35 usahawan dengan nilai jualan yang direkodkan sebanyak RM563,127 melalui program TUBE yang diperkenal­kan sejak tahun 2014. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia