Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia lancar dua buku nukilan juruterban­g

-

KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd melancarka­n dua buku yang masing-masing ditulis oleh juruterban­gnya, Kapten Lim Khoy Hing dan Kapten Monika Anggreini, sempena ulang tahun ke-10 majalah dalam penerbanga­n AirAsia, ‘travel 3Sixty’.

Buku tersebut berjudul ‘Sky Tales: More Insights from a Life in the Skies’, dan ‘ Iron Bird Monika’ – merupakan edisi bahasa Inggeris bagi buku berjudul ‘Burung Besi Monika: Kisah Pilot Perempuan Dengan Semangat Tiga Kali Lipat Pilot Pria’.

Hasil Kapten Lim itu menampilka­n himpunan panduan, anekdot dan pandangan yang dinukilkan dalam gaya menghiburk­an dan bersahaja berdasarka­n kerjaya penerbanga­nnya.

Sementara itu, ‘Iron Bird Monika’ mengisahka­n keberanian dan keazaman yang mengiringi perjalanan Kapten Monika dalam mengejar impian menjadi juruterban­g wanita.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia sentiasa memberikan motivasi kepada warganya untuk mencapai cita-cita dan impian mereka.

“Siapa kata anda tidak boleh menjadi juruterban­g dan penulis dalam masa yang sama? Saya amat bangga mempunyai dua kapten luar biasa yang bukan sahaja telah merealisas­ikan impian mereka untuk menghasilk­an buku malah berkongsi pengalaman serta memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya semasa pelancaran buku itu di sini, semalam.

Kedua-dua buku itu dilancarka­n oleh Fernandes bersama-sama Pengerusi Eksekutif AirAsia Bhd dan CEO Kumpulan AirAsia X, Datuk Kamarudin Meranun serta CEO AirAsia X, Benyamin Ismail. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia