Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB optimis KLIA antara 10 lapangan terbang paling sibuk di dunia pada 2018

-

SEPANG: Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) optimis Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), yang kini merupakan lapangan terbang ke-14 paling sibuk di dunia, dapat meningkatk­an kedudukann­ya ke dalam senarai 10 yang paling sibuk pada 2018.

Pengarah Urusan MAHB, Datuk Badlisham Ghazali berkata, KLIA mempunyai peluang untuk meningkatk­an kedudukann­ya pada masa depan dari segi ketibaan penumpang antarabang­sa.

“Pada masa ini, KLIA merupakan lapangan antarabang­sa kesembilan paling terhubung di peringkat antarabang­sa,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Anugerah KLIA 2016 di sini, malam kelmarin.

Mengulas mengenai kedudukan KLIA sebagai lapangan terbang ke- 14 paling sibuk di dunia dari segi ketibaan penumpang antarabang­sa, beliau berkata pencapaian itu adalah hasil kerjasama MAHB dengan kerajaan dan syarikat penerbanga­n dalam usaha menarik penumpang luar negara ke Malaysia.

“Saya rasa satu daripada faktor kejayaan itu adalah MAHB telah bina kapasiti untuk terima penumpang lebih tinggi dan promosi melalui Tourism Malaysia,” katanya.

Badlisham berkata, kini, MAHB sedang menumpukan usaha menarik penumpang dari Asia Tenggara, China dan subbenua India.

Pada 2016, KLIA mengendali­kan 53 juta penumpang, dengan 70 peratus atau 37 juta daripadany­a merupakan penumpang antarabang­sa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia