Utusan Borneo (Sarawak)

Mastercard selesai peralihan kepada pin menjelang Jan 2018

Keselesaan kepada pengguna, elak penipuan dan tingkat keselamata­n

-

KUALA LUMPUR: Mastercard Inc berkata syarikat itu akan mencatatka­n pencapaian penting menjelang Januari 2018 apabila semua kad kreditnya akan mempunyai fungsi tanpa sentuhan dan nombor pengenalan peribadi (PIN), dalam usahanya untuk menyediaka­n lebih keselesaan kepada pengguna, mengelakka­n penipuan dan meningkatk­an keselamata­n.

Ciri-ciri kad tanpa sentuhan dijangka diterima dengan meluas di Malaysia, dengan lebih banyak perniagaan mengguna pakai teknologi tersebut, kata penyedia perkhidmat­an kewangan multinasio­nal dari Amerika Syarikat itu dalam satu kenyataan.

“Malaysia menyasar 30 peratus daripada semua terminal pembayaran akan berkeupaya­an tanpa sentuhan menjelang 2020, bersamaan dengan hampir satu perempat juta terminal.

“Prasarana telah bersedia dan begitu juga industri daripada pengawal selia hingga kepada bank- bank dan institusi kewangan,” kata Mastercard.

Semakin ramai pengguna hari ini tidak menggunaka­n tunai dan memilih pembayaran tanpa sentuh bagi teknologi perkhidmat­an yang lebih pantas, selesa dan se- lamat.

Memetik penyelidik­an pasaran, Mastercard berkata pasaran pembayaran tanpa sentuh global dijangka berkembang pada kadar pertumbuha­n tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 21.2 peratus daripada AS$6.70 bilion pada 2016 kepada AS$17.56 bilion menjelang 2021. (AS$1 = RM4.23).

Di Malaysia sahaja, urus niaga tanpa sentuh Mastercard meningkat 5,002 peratus antara Januari dan Ogos 2017 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Purata nilai urus niaga yang direkodkan antara Januari dan Ogos 2017 ialah RM70 bagi kad debit dan RM97 bagi kad kredit, dengan rakyat Malaysia menggunaka­n pembayaran tanpa sentuh kebanyakan­nya bagi kedai makanan dan minuman (20 peratus), diikuti pasaran raya besar (11 peratus), dan gedung pakaian (10 peratus).

Pembayaran tanpa sentuh Mastercard diterima di lebih 6.6 juta lokasi di 97 negara.

“Hanya dengan mengetik kad anda di terminal tanpa sentuhan anda sudah boleh membayar dengan lebih pantas tanpa perlu memasukkan nombor PIN, membolehka­n anda membuat pembayaran dengan sekelip mata,” kata Mastercard.

Mengenai keselamata­n, syarikat itu berkata Mastercard memiliki ciri-ciri keselamata­n pelbagai peringkat dengan setiap urus niaga menampilka­n kod keselamata­n dinamik hanya sekali, yang mana akan diaktikan hanya pada tempoh mendapat kebenaran dan sentiasa berubah setiap kali kad digunakan.

“Ini menghalang pencuri daripada menggunaka­nnya semula bagi urus niaga lain,” kata syarikat itu.

Kad tanpa sentuh tidak memindahka­n kod tiga angka di belakang kad atau alamat pengebilan kepada sistem pembayaran elektronik, kata syarikat itu. — Bernama

 ??  ??
 ??  ?? KUNJUNGI KAMI: Premis Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd yang terletak di Lot 102, Batu 2 1/2, Jalan Rock di Kuching.
KUNJUNGI KAMI: Premis Wee Hua Boo Trading Sdn Bhd yang terletak di Lot 102, Batu 2 1/2, Jalan Rock di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia