Usahawan wanita Malaysia, Uzbekistan digesa teroka pasaran satu sama lain
Oktober, sejumlah sembilan pasar raya diubah suai dan kami turut menambah penyewa lot kedai bagi meningkatkan pilihan untuk pelanggan. Mengikut perancangan, sebanyak enam lagi pasar raya Tesco akan diubah suai dan kami dalam proses memilih premis selain aspek kos terbabit.
Selain itu, Boudville berkata tiga pasar raya berwajah baharu iaitu Tesco Tanjung Pinang, Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua di Gelugor juga masing-masing dilengkapi dengan enam kaunter sistem pembayaran layan diri membabitkan tran- saksi maksimum 10 barang.
Ini menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pertama di wilayah utara dilengkapi kemudahan itu.
“Operasi kaunter layan diri ini akan bermula di Tesco Tanjung Pinang, esok (semalam) manakala Tesco Penang dan Tesco Extra Sungai Dua pada minggu hadapan dengan kos pelaburan sebanyak RM1.3 juta.
“Pelanggan boleh menggunakannya menerusi tiga langkah mudah – mengimbas barang, membungkus dan membayar sama ada tunai, debit, kad kredit atau kupon. — Bernama KUALA LUMPUR: Usahawan wanita dari Malaysia dan Uzbekistan digesa bekerjasama dan meneroka pasaran antara satu sama lain, terutamanya dalam segmen kecantikan, kesihatan, fesyen dan gaya hidup.
Presiden Persatuan Rangkaian Usahawan Wanita Malaysia (WENA), Nadira Yusoff berkata sektor-sektor ini menawarkan peluang amat besar di kedua-dua negara.
Beliau berkata sehubungan itu, persatuan tersebut telah menganjurkan satu forum yang berfungsi sebagai platform untuk menghubungkan usahawan wanita tempatan dengan rakan sejawat mereka dari Uzbekistan.
“Forum ini adalah bagi usahawan wanita yang bersedia untuk meneroka ke pasaran eksport. ia akan membantu mereka bertemu dengan pembeli antarabangsa dan rakan kongsi yang berpotensi.
“Kami berharap forum tersebut akan dapat menggalakkan perdagangan yang lebih besar antara Malaysia dan Uzbekistan,” katanya dalam ucapan beliau semasa Forum Wanita Perniagaan MalaysiaUzbekistan di sini, kelmarin.
Beliau juga berkata acara itu bertujuan meningkatkan pemahaman tentang peluang ekonomi dalam kalangan wanita yang berniaga, di samping mengukuhkan hubungan antara persatuan usahawan wanita di Malaysia.
Forum sehari itu disertai lima persatuan usahawan wanita tempatan, iaitu Peniagawati, Persatuan Kebangsaan Usahawan Wanita Malaysia, Pertubuhan Pembangunan Wanita India Berkerjaya Malaysia, Entrepreneurs and Professionals dan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia.
Secara terkumpul, persatuan-persatuan ini memiliki 40,480 anggota di seluruh Malaysia.
Uzbekistan pula disertai oleh persatuan Business Women’s Association of Uzbekistan yang diketuai presidennya Mahmudova Gulnora Gulamnazarovna. Persatuan itu memiliki 14,000 anggota.
Delegasi Uzbekistan itu dalam rangka lawatan perniagaan selama lima hari ke Malaysia bagi membiasakan diri mereka dengan persekitaran perniagaan negara.
Sementara itu, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) milik wanita menyumbang 186,930 atau kira-kira 20.6 peratus daripada jumlah keseluruhan di Malaysia, dengan pertumbuhan tahunan lapan peratus. — Bernama