Utusan Borneo (Sarawak)

SCCCI belanja RM0.5 juta anjur Pesta Tanglung Sibu 2017

- Oleh Reno Benjamin

DEWAN Perdaganga­n dan Perindustr­ian Cina Sibu (SCCCI) membelanja­kan lebih RM0.5 juta bagi menganjur serta membina tanglung untuk Pesta Tanglung Sibu 2017, yang berlangsun­g dari 3 hingga 26 Oktober ini di Dataran Bandar Sibu.

Presiden SCCCI, Dr Gregory Hii berkata, peruntukan tersebut bagi membina pelbagai jenis tanglung termasuk memaparkan sebahagian daripada 12 zodiak Cina.

“Seperti yang diminta oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) kira-kira 18 bulan lepas, SCCCI telah menerima cabaran besar ini untuk mempamerka­n pelbagai jenis tanglung.

“Dengan kos lebih RM500,000, ini merupakan satu cabaran kewangan yang perlu kita hadapi bagi menjayakan Pesta Tanglung Sibu 2017,” ujarnya ketika berucap pada majlis perasmian pesta, malam Selasa lepas.

Pesta Tanglung Sibu dan Pesta Makanan 1Malaysia 2017 telah dirasmikan bersama oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an, Dato Sri Wong Soon Koh.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King, Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee, Timbalan Pengerusi MPS Rogayah Jamian, Presiden SCCCI Gregory Hii, pengerusi penganjur pesta Dato Lau Cheng Kiong, Temenggung Datuk Vincent Lau serta yang lain.

Menurut Dr Gergory Hii, penganjura­n Pesta Tanglung oleh SCCCI merupakan satu tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat, sekali gus membantu menjayakan Tahun Melawat Sibu 2017.

“Malah kita juga telah mengambil peluang mempromosi­kan acara ini semasa lawatan perniagaan ke Johor Baharu dan Singapura pada bulan Ogos lepas,” jelasnya.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n kepada semua yang terlibat dalam menganjurk­an pesta terbabit sama ada secara langsung atau tidak langsung.

“Dengan sokongan daripada semua komuniti tanpa mengira kepercayaa­n agama dan perbezaan politik, kita telah berjaya menganjurk­an Pesta Tanglung Sibu sebagai sebuah pasukan,” ujar Dr Gregory Hii.

Pesta Tanglung Sibu 2017 menyaksika­n pelbagai jenis tanglung yang dihiasi lampu berwarna-warni dipamerkan kepada orang ramai.

Tanglung dengan pelbagai reka bentuk ini telah berjaya menarik semua lapisan masyarakat yang datang berkunjung tanpa mengira kaum dan kepercayaa­n.

Ramai juga pengunjung yang mengambil kesempatan merakamkan kenangan di hadapan tanglung ini sebagai tanda kenangan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia