Ketua pembangkang Rusia seru rali protes
M O S C O W : K e t u a p e m b a n g k a n g y a n g dipenjara di Rusia, Alexei Navalny, telah menggesa ribuan penyokong untuk muncul bagi rapat umum di seluruh negara pada hari jadi Presiden Vladimir Putin semalam untuk membantah pemerintahannya selama hampir dua dekad.
A k t i v i s a n t i r a s u a h berkarisma itu yang telah mengumumkan niat untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada Mac tahun depan untuk menggulingkan Putin, berharap untuk melihat tunjuk perasaan di kira-kira 80 buah bandar di Rusia dengan rapat umum utama di kota asal Putin, Saint Petersburg, dan ibu negara Moscow.
Dalam satu ucapan yang disediakan dari sel penjaranya, peguam didikan Yale berusia 41 tahun itu, dengan imej pintar dan kecenderungan bagi slogan yang menarik, membandingkan kehidupan di bawah rejim Putin dengan diet paksaan lobak putih.
“Jika kita tidak buat apaapa, mereka akan memberi kita lobak putih ini sepanjang hidup saya. Dan anak-anak kita juga,” kata Navalny pada minggu ini.
Mahkamah pada Isnin lepas menjatuhkan hukuman penjara selama 20 hari atas tuduhan berulang kali melanggar undang-undang berhubung penganjuran perhimpunan awam.
Pilihan raya yang kontroversi dan pembebasan Navalny dari penjara selain kebenaran untuknya meletakkan namanya atas kertas undian adalah tuntutan utama pembangkang.
Pihak berkuasa di Moscow dan Saint Petersburg enggan membenarkan penunjuk perasaan untuk berhimpun di pusat bandar raya, dan rapat umum dapat berakhir dengan keganasan.
Dalam satu ucapan video yang tegas dikeluarkan oleh pasukan kempen Navalny, salah seorang pengarah filem paling tersohor di Rusia, Andrei Zvyagintsev, menyelar Putin kerana melarang Navalny.
Putin, yang akan berusia 65 tahun, sudah memerintah Rusia sejak 1999.
Beliau berkata minggu ini bahawa beliau belum lagi membuat keputusan sama ada akan meminta satu lagi penggal enam tahun, namun ramai menjangka beliau akan bertanding dalam pilihan raya Mac akan datang dan menang.
Navalny membawa puluhan ribu penyokong, kebanyakannya pelajar dan budak sekolah, ke jalanan untuk protes yang tidak dibenarkan di seluruh negara pada 26 Mac dan 12 Jun.
Penyertaan budak dalam rapat umum pembangkang mengejutkan pihak berkuasa, kerana protes itu berakhir dengan keganasan.
Polis menangkap lebih 1,000 orang di Moscow sahaja sewaktu demonstrasi pada 26 Mac lalu.
Navalny sendiri ditahan sebelum dia tiba di dua rapat umum tersebut di Moscow dan dipenjara selama 15 dan 25 hari kerana menganjurkan acara tersebut.
Beberapa penunjuk perasaan dijatuhi hukuman penjara yang panjang.
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata Putin akan meraikan hari jadinya bersama keluarganya, selain mempengerusikan majlis keselamatan Rusia.
Pegawai dan penyokong Kremlin cuba mengatasi satu sama lain dalam pujian mereka kepada Putin sempena hari jadinya. — AFP