Hurikan Nate ancam Mexico, Teluk AS
New Orleans menjangka yang terburuk tatkala Amerika Tengah masih terjejas
CANCUN: Nate mencapai status hurikan ketika membadai pusat peranginan pantai popular Mexico dan mara ke Pantai Teluk Amerika Syarikat (AS) awal semalam selepas membawa hujan lebat ke Amerika Tengah dan menyebabkan sekurang- kurangnya 28 kematian.
New Orleans yang terjejas Hurikan Katrina pada 2005, meninggalkan ratusan kematian, dan bandar lain di sepanjang pantai berada di bawah amaran hurikan.
Louisiana, ibu negeri New Orleans, menyatakan Presiden Donald Trump telah meluluskan dengan pantas peruntukan bantuan persekutuan untuk membantu menangani impak taufan tersebut.
Tatkala angin puncak ribut berputar pada kelajuan 129 kilometer sejam kirakira 240 batu barat laut semenanjung barat Cuba, Pusat Hurikan Nasional ( NHC) memberi amaran bahawa di AS, kombinasi ombak ribut berbahaya dan air pasang akan menyebabkan kawasan kering dekat pantai untuk ditenggelami air yang naik dari pantai ke pedalaman dengan sesetengah kawasan dijangka dinaiki air sehingga 2.5 meter.
Luis Felipe Puente, penyelaras kebangsaan perlindungan sivil, mencadangkan semua penduduk untuk mengelak daripada aktiviti akuatik, pelancongan dan rekreasi di Quintana Roo.
Selepas merentasi Teluk Mexico, taufan tersebut dijangka mendarat di sepanjang tengah Pantai Teluk AS lewat semalam, menurut NHC.
P i h a k b e r k u a s a m e m b a t a l k a n s e s i persekolahan di tujuh bandar pesisiran pantai Mexico dan mengumumkan amaran jingga bagi separuh utara negeri Quintana Roo.
Ombak kuat yang dijangka menjejaskan pulau barat laut Caribbean sepanjang hujung minggu ini kemungkinan menyebabkan gelombang maut dan arus deras, menurut NHC.
New Orleans mengeluarkan perintah berkurung mandatori semalam mulai 6 malam, manakala perintah evakuasi sukarela dan mandatori dikeluarkan untuk beberapa kawasan rendah.
“Ancaman utama tidak semestinya hujan, tetapi angin kuat dan ombak ribut,” kata Datuk Bandar Mitch Landrieu.
Nate bagaimanapun masih menghuru-harakan Amerika Tengah di mana hujan lebat terus menyebabkan banjir.
Pihak berkuasa di El Salvador, Guatemala dan Honduras telah mengumumkan amaran maksimum merah.
Nicaragua mengalami 13 kematian, menurut Timbalan Presiden Rosario Murillo.
Di Costa Rica, di mana perintah darurat diumumkan, 10 maut termasuk seorang budak perempuan berusia tiga tahun, sama ada ditimpa pokok tumbang atau tertimbus dalam banjir lumpur.
Tiga lagi terkorban di Honduras dan dua orang di El Salvador.
Lebih 30 disenaraikan hilang di sekitar wilayah tersebut.
AS sedang mengalami pemulihan daripada dua hurikan iaitu Harvey yang membadai Texas pada Ogos dan Irma pada September.
Satu lagi ribut kuat, Hurikan Maria, membadai Caribbean lewat September, menjejaskan beberapa pulau termasuk Republik Dominica dan Puerto Rico.
A m e r i k a T e n g a h , Caribbean, Mexico dan selatan AS mengalami musim hurikan Atlantik saban tahun mulai Jun hingga November, namun tahun ini sudahpun mencatat sejarah sebagai terburuk dalam rekod sejak ia dicatatkan. — AFP