Utusan Borneo (Sarawak)

40 penagih baharu ditahan dalam Ops Perdana

Dalam operasi 10 pagi hingga lewat malam kelmarin, 81 individu disaring air kencing

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sarawak berjaya menahan 40 penagih baharu dalam Ops Perdana yang dijalankan serentak di seluruh negeri yang bermula kelmarin.

Pengarahny­a Wan Madihi Wan Salleh berkata, dalam operasi dengan kekuatan 45 anggota termasuk anggota RELA yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga lewat malam kelmarin itu, sebanyak 81 individu telah disaring air kencing.

Menurutnya, daripada jumlah itu 40 individu positif mengambil dadah, yang kesemuanya penagih baharu.

“Daripada 40 individu yang dikesan positif dadah, 39 daripadany­a lelaki dan seorang wanita, berusia antara 19 hingga 39 tahun dan kebanyakan mereka mengambil dadah jenis syabu.

“Pada operasi ini juga kami mengesan lapan kawasan panas di Kuching merangkumi kawasan sekitar Kampung Sin Sin, Sungai Bedil, Dewan Undangan Negeri Lama, Bintawa, Gita dan Samariang hasil aduan orang ramai,” katanya pada sidang media di ibu pejabat AADK Sarawak di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut mengenai statistik tangkapan itu, Wan Madihi berkata Kuching mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 20 orang, diikuti Sibu sembilan orang, Kota Samarahan lapan orang dan Miri tiga orang.

Beliau memberitah­u, kesemua yang ditahan akan ditempatka­n ke pusat pemulihan bagi menjalani proses pemulihan dan rawatan.

“Ops Perdana ini akan kita teruskan sehingga hujung tahun ini di seluruh kawasan di negeri ini bagi membawa seramai mungkin penagih mendapatka­n rawatan dan pemulihan,” tegasnya. DITAHAN: Wan Madihi (kanan) menunjukka­n lima individu daripada 40 penagih baharu yang berjaya ditahan dalam Ops Perdana dijalankan serentak di seluruh negeri.

Daripada 40 individu yang dikesan positif dadah, 39 daripadany­a lelaki dan seorang wanita, berusia antara 19 hingga 39 tahun dan kebanyakan mereka mengambil dadah jenis syabu. Wan Madihi Wan Salleh Pengarah AADK Sarawak

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia