Utusan Borneo (Sarawak)

Pakar laku bedah siasat ke atas dua mangsa tembakan

-

SIBU: Pakar patologi telah menjalanka­n proses bedah siasat terhadap dua mangsa tembak iaitu Lau Ngik Yin ( Ah Kang) dan Loh Lik Siong pada malam kelmarin bermula jam 8 malam, selama 12 jam.

Bagaimanap­un, polis tidak memberi sebarang keputusan mengenai proses itu sehingga berita ini ditulis petang semalam.

Mayat Loh telah dituntut keluargany­a untuk dikebumi semalam manakala pengebumia­n Ah Kang dijadualka­n pada hari ini (Isnin).

Dalam kes tembakan pada tengah hari Khamis lepas, Ah Kang dan Loh sedang makan tengah hari di sebuah kedai kopi ketika pembunuh menembak mati mereka berdua.

Ah Kang berusia 47 tahun manakala Loh 21 tahun dan penembak dipercayai memakai jaket merah lengan panjang.

Polis percaya penembak datang menunggang motosikal dan meletakkan motosikaln­ya agak jauh sedikit dari lokasi sebelum berjalan ke arah mangsa dan menembak mereka.

Sementara itu, polis pergi ke tempat kejadian semalam di Jalan Pahlawan dengan membawa anjing pengesan dari Kuching.

Satu pasukan pegawai polis Kuching kini berada di Sibu untuk menjalanka­n siasatan pembunuhan Ah Kang dan Loh dan setakat ini polis tidak mendedah hasil sia- satan mahupun memberi gambaran sebenar penembak berkenaan.

Bagaimanap­un, siasatan masih dijalankan dan polis percaya beberapa das tembakan telah dilepaskan kepada Ah Kang dan Loh.

Sebelum pembunuhan Khamis lepas, Ah Kang sebelum ini telah terselamat daripada dua kes tembakan iaitu pada 2012 dan 2014.

Selepas kes itu, polis mengarahka­n agar kedai kopi tersebut ditutup bagi membolehka­n siasatan dijalankan.

 ??  ?? SIASAT: Polis melakukan siasatan bersama anjing pengesan di kawasan sekitar kedai kopi terbabit.
SIASAT: Polis melakukan siasatan bersama anjing pengesan di kawasan sekitar kedai kopi terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia