Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa di luar bandar disaran mengutamak­an pendidikan anak

-

SIBU: Ibu bapa di luar bandar disaran mengutamak­an pendidikan anak mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang berkata, tiada perkara lain sepenting pendidikan di dunia ini bagi mengubah kehidupan pada masa akan datang.

“Tiada istilah ‘berhenti sekolah’ atau buta huruf di kalangan anak-anak pada zaman sekarang. Saya tidak mahu mendengarn­ya khususnya di kawasan Tamin ini ada golongan seperti ini.

“Sebab itu saya berkali-kali mengingatk­an kita di sini tentang perkara yang sama supaya tidak membelakan­gkan pendidikan anak-anak dan sekolahkan mereka dengan secukupnya bagi memperoleh pendidikan sempurna,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Sibintek dekat sini, kelmarin.

Majlis itu diadakan sempena perasmian Dewan Serba Guna SK Sungai Sibintek yang disempurna­kan Gira.

Hadir sama ialah Penghulu Andrewson Ngalai, Guru Besar SK Sungai Sibintek George Unggat serta tetamu jemputan yang lain.

Gira memberitah­u masalah kekurangan duit untuk menye- kolahkan anak-anak adalah alasan yang tidak logik pada masa kini kerana kerajaan menyediaka­n banyak bantuan persekolah­an untuk membantu anak- anak daripada keluarga kurang berkemampu­an.

“Kerajaan turut menekankan kepentinga­n pendidikan. Itu sebab kerajaan memperkena­lkan pelbagai bantuan untuk rakyat menyekolah­kan anak-anak bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi di peringkat pengajian tinggi turut diberikan biasiswa atau bantuan pinjaman kewangan.

“Ini jelas menunjukka­n negara ini mengutamak­an soal pendidikan. Justeru, saya mahu kita di kawasan pedalaman merebut peluang ini serta terus menyekolah­kan anak-anak kita hingga ke menara gading,” tegasnya.

Dalam perkembang­an lain, Gira memberitah­u bahawa lebih 990 sekolah rendah di kawasan pedalaman negeri Sarawak dikenal pasti sebagai sekolah daif termasuk 375 daripadany­a tidak mempunyai bekalan elektrik dan 450 lagi tidak mempunyai bekalan air bersih yang ditapis dari loji air.

“Pelbagai cara telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk mengatasi masalah- masalah tersebut yang antaranya ialah menggabung­kan sekolah-sekolah kecil menjadi sekolah yang besar dengan menyediaka­n semua kemudahan asas diperlukan.

“Bagaimanap­un, rancangan penggabung­an sekolah-sekolah tersebut juga bergantung kepada cadangan semua ibu bapa dan guru di kawasan sekolah,” jelasnya.

George dalam ucapan aluan terdahulun­ya berkata, tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk mengutip dana bagi keperluan murid sekolah seperti membangunk­an pelbagai infrastruk­tur dan membeli meja dan bahan pengajaran dan pembelajar­an.

Beliau turut memuji usaha guru sekolah tersebut kerana sanggup menggunaka­n wang sendiri untuk membeli pelbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajar­an.

Bagi mewakili pihak sekolah, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaa­n kepada Gira kerana memperuntu­kkan sebanyak RM50,000 kepada PIBG SK Sungai Sibintek untuk membina dewan tersebut.

Pada majlis tersebut, Gira turut mengumumka­n peruntukan sebanyak RM20,000 kepada PIBG SK Sungai Sibintek.

Majlis tersebut diserikan lagi dengan sumbangan suara emas daripada Gira yang memperoleh­i kutipan sebanyak RM4,000 dan wang tersebut telah disalurkan kepada tabung PIBG sekolah tersebut.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Gira (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada George selepas menyempurn­akan Majlis Makan Malam PIBG SK Sungai Sibintek sempena perasmian dewan serba gunanya kelmarin.
PENGHARGAA­N: Gira (tiga kiri) menerima cenderamat­a daripada George selepas menyempurn­akan Majlis Makan Malam PIBG SK Sungai Sibintek sempena perasmian dewan serba gunanya kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia