Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa pemandu penurunan kuasa masih tunggu keterangan daripada Ketua Peguam Negara

-

KUCHING: Jawatankua­sa pemandu untuk penurunan kuasa antara kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah masih menunggu keterangan daripada Ketua Peguam Negara persekutua­n mengenai perkara- perkara undangunda­ng dan perlembaga­an sebelum dapat meneruskan perbincang­an.

Pengerusi BersamaDat­uk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana ada beberapa perkara dibangkitk­an pada mesyuarat dengan jawatankua­sa teknikal tiga bulan lalu, perlu diteliti semula dan dikaji Ketua Peguam Negara.

“Kita beri mereka (Pejabat Ketua Peguam) masa. Sebenarnya, mereka meminta sedikit masa bagi melihat perkara ini, bila bercakap tentang negeri-negeri ini, perkara- perkara yang dibangkitk­an bukan kecil tetapi mereka perlu melihat perlembaga­an dan undang- undang lain juga.

“Ia agak rumit kerana memerlukan banyak penyelidik­an. Apabila anda melihat perlembaga­an, ia adalah perkara yang besar dan apabila anda melihat undangunda­ng, terdapat banyak yang memerlukan rujukan merentas. Ini akan mengambil banyak masa,” katanya selepas merasmikan Majlis Amal Deepavali anjuran Persatuan India Kuching (IAK) di sini, semalam.

Nancy yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, terus memberi jaminan bahawa rundingan penurunan kuasa masih berjalan dan tidak pernah berlaku apa-apa masalah setakat ini.

Menurutnya, penurunan kuasa telah dijalankan di peringkat pentadbira­n antara agensi dan jabatan tanpa menunggu kelulusan daripada jawatankua­sa pemandu.

“Jika ada perkara yang tidak memerlukan pindaan undang-undang, tidak me- merlukan undang- undang tertentu, maka tidak akan ada banyak masalah untuk melaksanak­annya di peringkat pentadbira­n.

“Biasanya, kesukaran untuk membuat keputusan apabila membuat tafsiran undang-undang akan menangguhk­an proses,” katanya.

Beliau menjelaska­n bahawa sebaik sahaja perkara itu dimuktamad­kan oleh ketua peguam persekutua­n, jawatankua­sa teknikal akan mengemukak­annya kepada jawatankua­sa pemandu pada mesyuarat berikutnya.

Bagi perkara- perkara di bawah rundingan pembebasan kuasa yang bersifat politik, beliau berkata jawatankua­sa itu akan menyerahka­nnya kepada Perdana Menteri dan Ketua-Ketua Menteri Sabah dan Sarawak untuk berbincang dan mengendali­kannya.

“Kami telah membuat pendirian di mana jika ia bersifat politik, maka kami akan meninggalk­annya kepada Perdana Menteri dan Ketua Menteri di kedua-dua negeri,” katanya.

Mengenai perkara lain, Nancy berkata kerajaan tidak mengambil ringan kes pemandu teksi yang memeras wang sebanyak RM950 daripada dua penumpang Bangladesh untuk perjalanan 10km dari KL Sental ke Setapak yang menjadi tular barubaru ini di media sosial.

Beliau berkata walaupun mangsa adalah warga asing, mungkin kes yang sama boleh menimpa penduduk tempatan.

Beliau menyeru pemandu teksi supaya mengenakan kadar berpatutan dan menggunaka­n meter apabila membawa penumpang, sambil menekankan bahawa kes sedemikian akan menggalakk­an pengguna untuk pergi ke aplikasi e-hailing yang membolehka­n mereka mengetahui kos perjalanan lebih awal.

“Saya menyeru kepada penumpang teksi atau penyedia e-hailing, jika mereka berasakan sesuatu yang tidak betul, lebih baik mereka melaporkan kepada pihak berkuasa.

“Kami menggalakk­an ehailing, kerana anda tahu harga perjalanan dan anda boleh memilih untuk tidak mengambiln­ya ( jika anda tidak setuju dengan harga).

“Untuk teksi, pemandu harus menggunaka­n meter dan walaupun tidak menggunaka­n meter, kadarnya perlu wajar,” kata Nancy, yang memantau Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n Sarawak dan Sabah.

SPAD dalam satu kenyataan semalam, mendedahka­n bahawa pemandu teksi yang memeras penumpang Bangladesh telah ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010.

 ??  ?? UNTUK PAHLAWAN: Tiong (kiri) memasukkan wang ke Tabung Rayuan Hari Pahlawan Negeri Sarawak 2017 sambil disaksikan Ling (dua kanan) pada pelancaran­nya di Sibu, kelmarin.
UNTUK PAHLAWAN: Tiong (kiri) memasukkan wang ke Tabung Rayuan Hari Pahlawan Negeri Sarawak 2017 sambil disaksikan Ling (dua kanan) pada pelancaran­nya di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia