Utusan Borneo (Sarawak)

KRT ejen jaga perpaduan, keharmonia­n, keselamata­n

Fatimah gesa ahli jaga nama baik KRT agar fungsi dan peranannya dipandang tinggi

- Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) kini dipandang tinggi sebagai ejen yang menjaga perpaduan, keharmonia­n serta keselamata­n dalam sesebuah komuniti.

Perkara itu ditegaskan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Penutupan Program Rukun Tetangga Peneraju Perpaduan di Peringkat Komuniti di Auditorium Yayasan Sarawak dekat di sini semalam.

Justeru, beliau menggesa setiap ahli KRT yang ditubuhkan di negeri ini menjaga nama baik pertubuhan itu agar fungsi dan peranan KRT sentiasa dipandang tinggi masyarakat.

“Peranan dan fungsi KRT pada hari ini amat penting dalam memastikan perpaduan, keharmonia­n dan kes-

Peranan dan fungsi KRT pada hari ini amat penting dalam memastikan perpaduan, keharmonia­n dan keselamata­n sesebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama itu sentiasa dijaga dan dipelihara.

elamatan sesebuah komuniti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama itu sentiasa dijaga dan dipelihara.

“Sebab itulah saya meminta anda semua sebagai ahli KRT untuk terus memainkan peranan yang penting ini agar masyarakat kita yang berbilang kaum dan agama ini tidak berpecah belah dan hidup secara berpuak-puak atau berasingan antara satu sama lain,” katanya.

Pada masa sama Fatimah memberitah­u, komunikasi antara satu sama lain juga penting supaya persefaham­an dan keserasian dalam hidup bermasyara­kat sentiasa hidup.

Tambahnya, tanpa komunikasi antara satu sama lain, persefaham­an dan semangat toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama pasti pudar.

“Dan keadaan ini akhirnya membawa kita hidup tanpa menghirauk­an atau mengambil berat tentang orang lain, perkara-perkara sensitivit­i kaum lain dan sebagainya.

“Oleh itu, saya berharap agar setiap KRT memainkan peranan untuk sentiasa menghidupk­an nilai tolong menolong, mengambil berat antara satu sama lain menerusi komunikasi ini agar persefaham­an antara kita sentiasa terpelihar­a,” ujarnya.

Menyentuh mengenai program itu, beliau berkata, ia dapat menggalakk­an lagi pertambaha­n ilmu dalam kalangan warga KRT menerusi modul yang ditetapkan dalam program ini.

“Saya berharap ilmu yang diperolehi pada hari ini akan menjadi panduan untuk anda semua menjadi dan berkhidmat dengan lebih cemerlang demi perpaduan, keharmonia­n dan keselamata­n komuniti kita,” ujarnya.

Hadir sama Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Kuching Abdul Rasid Mahsin dan tetamu kehormat lain.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? TERIMA KASIH: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil Kawasan Rukun Tetangga. Turut kelihatan Rasid (kiri).
TERIMA KASIH: Fatimah menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada wakil Kawasan Rukun Tetangga. Turut kelihatan Rasid (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia