Utusan Borneo (Sarawak)

Abu Seman gesa veteran Matu Daro daftar dengan PVATM

-

MUKAH: Veteran tentera tidak harus tercicir daripada menyertai persatuan sekali gus mendapat semua manfaat serta keistimewa­an daripadany­a.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Abu Seman Jahwi menyeru para veteran tampil menyertai persatuan berkenaan.

“Veteran angkatan tentera telah memainkan peranan dan tugas serta tanggungja­wab penting suatu ketika dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Veteran Kurang Upaya (VKU) anjuran Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia ( PVATM) Cawangan Matu- Daro dan Sri Kandi Cawangan Matu- Daro di Dewan Kebajikan Masyarakat baru- baru ini.

Menurutnya, segala bakti ketika mereka menjalanka­n tugas dahulu tidak terbayar oleh orang awam yang sentiasa dalam jagaan mereka.

“Oleh sebab itu, veteran ini harus diraikan dalam apa juga acara dan majlis teru- tama seperti ini,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau turut menyatakan bahawa terdapat 130 veteran tentera di seluruh Matu Daro dan sekitar 30 lagi tidak berdaftar dengan persatuan.

Ini katanya, sesuatu yang merugikan para veteran tentera sendiri melibatkan keistimewa­an dalam persatuan.

Malah berpersatu­an membolehka­n mereka menyatakan hasrat serta suara dengan lebih jelas ketika mempunyai kehendak atau keperluan terhadap sesuatu.

Antara lapan penerima bantuan daripada PVATM adalah Latip Mawi (RAMD), Kulai Basmi ( GGK), Zaidi Masel ( RRD), Hanizam Kadri ( Askar Wataniah), Japar Ramli (TUDM), Ibrahim Mansor, Materang Uki ( Amor Diraja) dan Abidin Amin (RAMD).

Turut hadir Ketua Cawangan Persatuan Pesara Veteran AngkatanTe­ntera Malaysia Daerah Matu dan Daro Abdul Wahab Luwi dan Pemanca Sahari Gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia