Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak masih terlalu kurang graduan perakaunan Bumiputera

-

KUCHING: Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan mahu melihat lebih ramai graduan perakaunan Bumiputera dilahirkan di negeri ini.

Beliau berkata, statistik terbaharu daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menunjukka­n bahawa hanya 34 daripada 1,411 penuntut atau 2.4 peratus sahaja graduan perakaunan di Sarawak adalah Bumiputera.

“Perwakilan Bumiputera dalam profesion perakaunan adalah salah satu isu yang perlu ditangani.

“Diharap selepas ini, kami akan mempunyai lebih ramai graduan Bumiputera dalam bidang perakaunan,” katanya ketika berucap pada Majlis Graduasi Kolej Sunway Kuching Ke-22 di sini semalam.

Bagaimanap­un, beliau gembira kerana mendapati terdapat kenaikan 10 peratus daripada jumlah graduan dalam bidang perakaunan adalah Bumiputera.

Pada masa yang sama, Snowdan turut memuji usaha Kolej Sunway dalam membantu memupuk lebih ramai akauntan Bumiputera dan menjalin usaha sama dengan Yayasan Sarawak, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Pusat Perolehan Profesiona­l Malaysia (MyPAC) dan Yayasan Pendidikan Teknikal Rakyat Sarawak (Yayasan Teras).

Ia katanya, merujuk kepada menggalakk­an lebih ramai pelajar Bumiputera mengambil kursus Juruteknik Perakaunan Bertauliah (CAT) dan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA).

Beliau menegaskan bahawa Malaysia perlu menghasilk­an lebih ramai akauntan yang dilengkapi dengan kemahiran untuk mengatasi permintaan ekonomi berasaskan pengetahua­n dan digital untuk menjadi negara industri.

“Kurang daripada 30 tahun yang lalu, tidak ramai yang menyukai dan mengenali keperluan digital untuk kebanyakan perniagaan yang mana amat berbeza pada hari ini.

“Dahulu melabur untuk membeli dua komputer sudah dikatakan mahal, hanya bagi pekerja memasukkan data.

“Dokumen dan data masih direkodkan secara fizikal sehingga tiba masa era digital di mana kerani akan memasukkan data untuk mengarkibk­annya ke dalam cakera liut yang mana sekarang juga sudah dianggap ketinggala­n,” katanya.

Nisbah akauntan bagi negara seperti Australia, United Kingdom, Hong Kong dan Singapura adalah kira-kira satu kepada 100 orang populasiny­a berbanding nisbah Malaysia satu kepada 1,000 orang.

“Beberapa kajian yang dilakukan oleh Persekutua­n Akauntan Antarabang­sa ( IFAC) mengakui bahawa akauntan menyumbang kira- kira RM4.3 trilion setahun dari segi nilai mereka kepada masyarakat. “Sebenarnya ia tidak keterlalua­n untuk mengatakan bahawa Malaysia masih memerlukan lebih banyak akauntan,” ujarnya.

Pada majlis yang sama, seramai 80 pelajar ACCA, OBU, CAT dan DIA daripada Kolej Sunway Kuching telah menerima skrol ijazah mas- ing-masing.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sunway Kuching Joseph Lim berkata seramai 80 pelajar berjaya menamatkan pengajian pada Disember 2016 dan Jun 2017.

“Pelajar-pelajar ini telah mengikuti peperiksaa­n yang mencabar seperti ACCA, OBU, CAT dan DIA kerana ia memerlukan kerja keras, pengorbana­n, ketekunan dan komitmen.

“Di Kolej Sunway Kuching juga, pihak kami berusaha keras untuk memastikan kursus DIA dan DIBM (Diploma Pengurusan Perniagaan) dijalankan secara berterusan untuk mempunyai daya saing ke atas kursus diploma lain dengan menjadikan pelajar kami mempunyai kelayakan profesiona­l Persatuan Pemegang Akaun Antarabang­sa (IAB) dengan diploma mereka,” katanya.

Justeru, Kolej Sunway Kuching memandang serius untuk mengekalka­n kedudukann­ya sebagai penyedia utama program ACCA dan CAT di Sarawak.

Berkuat kuasa September tahun depan, katanya ACCA akan menjalani perubahan drastik dalam sukatan pelajaran mereka.

Para pelajar akan diperkenal­kan kertas-kertas baharu seperti Pemimpin Perniagaan Strategik - kertas peperiksaa­n empat jam yang mengkaji pelajar mengenai kemahiran dan asas pengetahua­n yang lebih luas yang akan menyediaka­n mereka untuk menyandang kerjaya sebagai Ketua Pegawai Kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif dalam organisasi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia