Utusan Borneo (Sarawak)

K’jaan berharap perbanyak projek tebatan banjir

Telah dilaksana sistem baraj di Kuching, projek tebatan banjir di Sibu, ‘pump gate’ di Bau, Empangan Bengoh

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan negeri berharap dapat melaksanak­an lebih banyak projek tebatan banjir khasnya di kawasan yang kerap berlaku bencana itu.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata ketika ini terdapat beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanak­an di seluruh Sarawak terutama di kawasan bandar seperti sistem baraj di Kuching, projek tebatan banjir di Sibu serta ‘pump gate’ di Bau dan Empangan Bengoh.

“Sistem baraj di Sungai Sarawak mempunyai keupayaan mengawal kadar limpahan air sungai ketika musim monsun timur laut serta hujan luar biasa dan mengimbang­i paras air sungai sekali gus mengurangk­an risiko banjir,” katanya.

Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Tebingan Kuching di sini semalam.

Majlis itu disempurna­kan Menteri di Jabatan Perdana Menteri selaku menteri bertanggun­gjawab terhadap bencana di negara ini Datuk Seri Shahidan Kassim.

Dalam perkembang­an sama Abang Johari berkata JPBN Sarawak telah diiktiraf lima bintang oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 2016 atas pengurusan bencana yang cekap dan terbaik bagi banjir yang melanda negeri ini pada Disember 2015.

Pencapaian itu katanya, adalah hasil kerjasama cemerlang daripada semua agensi terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan bencana negeri.

Kerajaan juga katanya, sedar kepentinga­n tenaga rakyat setempat digembleng dengan matlamat untuk komuniti sendiri sama terlibat dalam usaha bersiap sedia menghadapi bencana.

“Ke arah itu, pada 2010, Community Emergency Re- spond Team atau CERT ditubuhkan. Pasukan bertindak ini berfungsi sebagai pasukan bertindak pada peringkat awal di lokasi bencana sebelum ketibaan agensi penyelamat.

“Program CERT ditaja Petronas sebagai tanggungja­wab sosial korporatny­a sejajar dengan misi syarikat itu untuk terus menyumbang kepada kesejahter­aan dan pembanguna­n masyarakat,” katanya.

Tambahnya sejak 2015 Petronas menjalanka­n kerjasama dengan Unit Keselamata­n dan Penguatkua­saan Negeri, Jabatan Ketua Menteri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanak­an program CERT.

Katanya seramai 1,500 telah dilatih sebagai anggota CERT di bawah tajaan Petronas dan pada tahun ini syarikat berkenaan telah memperuntu­kkan RM1 juta sebagai dana untuk melaksanak­an program CERT di seluruh Sarawak.

Abang Johari berkata bagi menghadapi sebarang kemungkina­n bencana penglibata­n pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat penting dalam memberi pelbagai ben- tuk bantuan serta sumbangan bagi memastikan kelancaran penyaluran perkhidmat­an.

“Oleh yang demikian, saya menyeru agar lebih ramai NGO dan orang perseorang­an tampil memberi sumbangan dan bantuan sewajarnya sewaktu bencana.

“Bantuan itu amat dihargai oleh kerajaan dan mangsa bencana,” katanya.

Selain itu katanya, kerajaan negeri telah memberi peruntukan pembelian dron dan penyediaan kemudahan komunikasi HF/VHF.

Pembelian dron itu menurutnya, akan memudahkan lagi usaha membuat tinjauan awal di kawasan terlibat bencana sekiranya kawasan itu tidak dapat diakses melalui jalan darat.

Manakala kemudahan komunikasi HF/VHF pula untuk mewujudkan jaringan komunikasi alternatif ketika berlaku bencana, tambahnya.

“Untuk memudahkan bantuan bencana disalurkan dengan segera, Tabung Pengurusan Bencana Negeri juga telah diwujudkan.

“Kita berharap kerajaan pusat dapat menyediaka­n peruntukan awal bagi tabung ini sebelum berlaku bencana.

“Kita juga memerlukan bantuan dana dari segi menaik taraf pusat-pusat pemindahan banjir dengan membekalka­n kemudahan seperti tandas dan PDRM Kontinjen Sarawak memerlukan peralatan tambahan seperti ‘ life jacket’ dan bot penggantia­n enjin sangkut,” katanya.

Pada majlis itu Uggah menerima pangkat Timbalan Pesuruhjay­a Kehormat (Pertahanan Awam) manakala Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menerima pangkat Penolong Pesuruhjay­a Kehormat (Pertahanan Awam) dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi JPBN Sarawak Datu Jaul Samion menerima pangkat Kolonel Kehormat (Pertahanan Awam).

Sistem baraj di Sungai Sarawak mempunyai keupayaan mengawal kadar limpahan air sungai ketika musim monsun timur laut serta hujan luar biasa dan mengimbang­i paras air sungai sekali gus mengurangk­an risiko banjir. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TAHNIAH: Shahidan menyematka­n pangkat Timbalan Pesuruhjay­a Kehormat (Pertahanan Awam) kepada Uggah pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Kuching semalam.
TAHNIAH: Shahidan menyematka­n pangkat Timbalan Pesuruhjay­a Kehormat (Pertahanan Awam) kepada Uggah pada Majlis Perasmian Bulan Kesiapsiag­aan Nasional 2017 di Kuching semalam.
 ??  ?? TAHNIAH: Snowdan (dua kiri) ditemani Joseph (kiri) ketika menyampaik­an skrol ijazah kepada salah seorang graduan CAT pada majlis itu di Kuching semalam.
TAHNIAH: Snowdan (dua kiri) ditemani Joseph (kiri) ketika menyampaik­an skrol ijazah kepada salah seorang graduan CAT pada majlis itu di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia