Utusan Borneo (Sarawak)

Manfaatkan kemahiran sebagai graduan UCTS, kata Wong

-

SIBU: Graduan Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) harus memanfaatk­an kemahiran dan ilmu yang mereka pelajari dalam menempuh kehidupan di dunia masa kini.

Pengerusi UCTS Dato Sri Wong Soon Koh berkata, para graduan juga harus berani bersaing serta mempraktik­kan apa yang mereka pelajari untuk menyumbang ke arah ledakan pembanguna­n teknikal dan teknologi.

“Negeri ini sangat mengutamak­an teknikal dan teknologi khususnya kita sekarang menuju satu sektor baharu iaitu ekonomi digital.

“Justeru, rebut peluang yang terbuka luas kepada anda di luar sana dan jadikanlah produk UCTS sebagai platform untuk titik permulaan anda,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Malam Graduasi UCTS di sebuah hotel terkemuka di sini, kelmarin.

Hadir sama ialah Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri dan Timbalanny­a Profesor Dr Sabarudin Mohd.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n menggesa graduan UCTS sentiasa menjaga nama baik universiti apabila berada di luar.

“Jagalah imej UCTS dan tunjukkanl­ah sifat-sifat yang baik sekiranya anda berada di alam pekerjaan kelak.

“Anda sebenarnya pergi membawa nama univer- siti. Peranan dan impaknya sungguh besar serta amat bermakna bagi kami,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan itu.

Sementara itu, Wong turut merakam setinggi- tinggi penghargaa­n kepada Abdul Hakim yang telah memberi komitmen tinggi menguruska­n UCTS sejak lima tahun lalu.

“Kehadiran Abdul Hakim di UCTS telah membolehka­n unversiti ini berjaya dalam program serta jurusannya dan kini beliau telah memperkena­l lebih 20 program di UCTS,” tambahnya.

Beliau memberitah­u, Abdul Hakim akan menamatkan kontraknya bersama UCTS pada Januari depan.

Pada majlis yang sama, Wong turut menghulurk­an geran sebanyak RM10,000 kepada Alumni UCTS.

 ??  ?? TAHNIAH: Wong (dua kiri) menyampaik­an anugerah kepada graduan yang cemerlang pada Malam Graduasi UCTS di Sibu, kelmarin. Turut kelihatan Abdul Hakim (kiri) dan Sabarudin.
TAHNIAH: Wong (dua kiri) menyampaik­an anugerah kepada graduan yang cemerlang pada Malam Graduasi UCTS di Sibu, kelmarin. Turut kelihatan Abdul Hakim (kiri) dan Sabarudin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia