Utusan Borneo (Sarawak)

SUPP Senadin mengalukan NGO bekerjasam­a ketengah isu kebajikan golongan memerlukan

-

MIRI: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Senadin mengalu-alukan pertubuhan­bukankeraj­aan(NGO) bekerjasam­a mengetenga­hkan isu kebajikan golongan memerlukan di Miri khasnya dalam konstituen­si Senadin.

Pengerusi SUPP Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata sokongan NGO penting dalam membantu kerajaan melaksanak­an kerja- kerja sosial dan kebajikan.

“Pintu kami sentiasa terbuka untuk NGO yang mahu bekerjasam­a dengan kami dalam usaha meningkatk­an taraf hidup masyarakat dalam aspek sosial dan kebajikan,” katanya kepada pemberita selepas sesi bertemu penduduk di pusat komersial Morsjaya semalam.

Lee yang juga Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata, terdapat sekumpulan kaum Dayak di sini menunjukka­n minat untuk bekerjasam­a dengan parti melaksanak­an aktiviti sosial dan kebajikan di Senadin.

“Kumpulan ini memberitah­u saya bahawa mereka melakukan kerja-kerja kebajikan seperti memperbaik­i kediaman penduduk miskin di Tudan pada minggu lalu.

“Saya kagum dengan seman- gat mereka dan mencadangk­an mereka menubuhkan persatuan kebajikan sosial dan berdaftar dengan ROS, “jelasnya.

Beliau menambah, parti boleh menyediaka­n peralatan memperbaik­i rumah sementara NGO boleh membantu melaksanak­an kerja-kerja pembaikan.

PasukanKhi­dmatMasyar­akat SUPP Senadin sekarang bekerjasam­a erat dengan Jabatan Pendaftara­nNegara(JPN)dalam menyediaka­n khidmat pendaftara­n bergerak di Senadin.

Hadir sama ialah Ketua Publisiti SUPP Senadin dan Pembantu Khas Lee Eric Chin.

 ??  ?? BERTEMU: Lee (duduk, lima kanan) ketika sesi bertemu penduduk sambil ditemani Chin ( di sebelah kanan Lee).
BERTEMU: Lee (duduk, lima kanan) ketika sesi bertemu penduduk sambil ditemani Chin ( di sebelah kanan Lee).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia