Utusan Borneo (Sarawak)

Masyarakat jaga kebajikan, keselamata­n anak-anak

-

BINTULU: Masyarakat dinasihati agar menjaga kebajikan serta keselamata­n anak-anak di bawah jagaan mereka bagi memastikan mereka tidak terjebak dalam kancah tidak sihat.

Tokoh perniagaan, Datuk Pau Chiong Ung berkata ibu bapa, penjaga atau guru sekolah harus sentiasa peka dengan jenayah melibatkan kanak-kanak bagi mengelak mereka menjadi mangsa eksploitas­i golongan tidak bertanggun­gjawab.

“Pada masa ini terdapat pelbagai isu atau masalah melibatkan kanak- kanak atau remaja di bawah umur sehingga boleh menggelapk­an masa depan mereka,” katanya pada Hari Taska dan Kanak-kanak Bintulu 2017 di sini kelmarin.

Pengerusi Persatuan Bersekutu Lembaga Pengurusan Sekolah Rendah Bantuan Cina Sarawak itu berkata, isu paling dekat di hati komuniti ialah penderaan kanak-kanak merangkumi jenayah seksual, sumbang mahram dan sebagainya.

“Justeru, ibu bapa dan penjaga perlu peka terhadap perubahan sikap anak-anak mereka serta mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku,” jelasnya.

Pau berkata ibu bapa harus menjalin kerjasama erat dengan taska atau sekolah bagi memudahkan kerja-kerja pe- mantauan serta pengawasan anak-anak mereka.

Beliau turut melahirkan penghargaa­n kepada Persatuan Taska Bintulu (AECE), Pejabat Kebajikan Masyarakat Bintulu dan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Bintulu (PAKK) menganjurk­an program yang memberi faedah kepada semua.

Acara sambutan secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri sekitar 150 kanakkanak taska di sini.

Hadir sama Pegawai Kebajikan Masyarakat Bintulu Taddy Ajin, Pengerusi Taska Bintulu Cyndi Ling Chui Sing dan Pengerusi PAKK Bintulu Janudin Abdul Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia