Utusan Borneo (Sarawak)

FORUM akan raikan Ketua Menteri, isteri dalam majlis gilang-gemilang

-

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan isteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang akan diraikan dalam satu majlis makan malam penuh gemilang anjuran Persekutua­n Persatuan-Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM).

Presiden FORUM Antonio Kahti Galis berkata, majlis itu akan diadakan di Hotel Imperial pada 4 November depan.

“Majlis ini diadakan bagi meraikan pelantikan beliau (Abang Johari) sebagai pemimpin nombor satu Sarawak dalam suasana penuh harmonis.

“Selain itu ia sebagai menzahirka­n sokongan masyarakat Orang Ulu yang bernaung di bawah FORUM terhadap kepimpinan beliau,” kata Antonio pada sidang media selepas mesyuarat bersama jawatankua­sa FORUM di sebuah hotel di sini semalam.

Antonio berkata, majlis makan malam itu dianjurkan bersama sembilan persatuan Orang Ulu bernaung di bawah FORUM iaitu Persatuan Kayan Sarawak (PKS), Persatuan Kebangsaan Kenyah Sarawak (PKKS), Persatuan Lakiput Sarawak (PLS), Rurum Kelabit Sarawak (RKS), Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS), Persatuan Berawan Sarawak (PBS), Persatuan Masyarakat Saban Miri (PMSM), Persatuan Penan Petipun Sarawak (PETIPUN) dan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS).

Beliau berkata, tiket untuk makan malam itu boleh didapati di persatuan masingmasi­ng dan keutamaan adalah untuk ahli sahaja.

Sementara itu pengerusi penganjur makan malam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan merangkap Presiden PKS Dennis Ngau berkata FORUM akan mempersemb­ahkan persembaha­n kebudayaan yang terbaik dan penuh tradisi sesuai dengan kedudukan Abang Johari sebagai Ketua Menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia